Thursday, December 9, 2010

MENGAPA YAHUDI BIJAK???



"Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Cuba fikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olahan manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Sebab-sebabnya ialah dari segi pemakanan, adat resam, agama, dan persiapan awal untuk melahirkan zuriat.

1.    Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, sang ibu akan sering menyanyi, bermain piano dan si ibu dengan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami. Orang-orang yahudi telah melatih bangsa mereka sejak dari dalam perut lagi. Yahudi melatih otak-otak bayi dewngan pengiraan matematik. Tanpa merasa jemu mereka membuat latihan metamatik sehingga melahirkan anak.

2.    Dari segi pemakanan sejak awal mengandung mereka gemar sekali memakan kacang badam dan buah kurma bersama susu. Mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita rasa mengantuk dan lemah serta payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Untuk tengah hari makan utama mereka ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Biasanya daging tidak akan ada bersama di atas meja jika ada ikan, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.


3.    Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Mengapa Yahudi pandai??kerana mereka tidak MEROKOK. Kita boleh nilai sendiri kebenaran kenyataan ini.

Cuba kita tengok negara Indonesia sebagai pengeluar rokok terbesar. Macam mana ekonomi, pentadbiran, gaya hidup mereka dan sebagainya. Jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Bandingkan dengan Singapura, di Singapura harga rokok memang mahal. US$ 17. Itu usaha kerajaan Singapura untuk tidak melihat rakyatnya jatuh.


4.    Di Israel, semasa tadika, anak-anak kecil mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

5.    Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Segala pelajaran akan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Memanah dan menembak dapat melatih otak mereka untuk fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

6.    Pada peringkat sekolah tinggi (menengah), murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius terutamanya senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

7.    Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Mereka begitu agresif dan seriusnya tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½  ataupun separuh dari perniagaan DUNIA! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti business dan fesyen.

8.    Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka. Ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dalam kepala. Banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menggerakkan kepala seperti ruku’ dan sujud, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Berapa ramai orang-orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

9.    Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan businees (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman TANPA faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah kita tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

p/s : bukan untuk mengagungkan Yahudi tetapi hanya untuk menambah ilmu.


Wednesday, December 8, 2010

PESANAN NABI SEBELUM TIDUR


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
 sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meridhoi kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....


Bertanya Aisyah :
 "Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
 seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.”

“ Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
 akan memberi syafaat di hari kiamat.”
Contoh:: Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa
 Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

“ Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.”
 Contoh:: Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
 wa atuubu ilaih ( 3 x )

“Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
 seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Contoh:: Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi
 walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

10 TABIAT ROSAKKAN OTAK


1. Tidak mengambil sarapan pagi
  • Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
  • Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
  • Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
  • Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
  • Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
  • Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
  • Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
  • Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
  • Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
  • Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

KHUTBAH TERAKHIR RASULLULLAH S.A.W



Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, Seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang di amanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk di beri makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik berlembut-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu.

p/s : tujuan aku menyampaikan ini semata-mata “lillahi ta’ala” (kerana Allah s.w.t)