Sunday, September 25, 2011

Air Terjun Sungai Gabai Bai !

Salam
Entry kali nie pasal aku dengan classmate aku pergi ke suatu tempat agak famos gak la. AIR TERUN GABAI. Last minit punya rancangan. 16hb (malam) aku kuar dengan membe aku dtng dari Ipoh. Jalan-jalan pegi i-City, pusng-pusing KL ngn pi dataran. Ramai orang gak time tu. Sempat gak kami interframe sbg kenangan.

Aliep, bulat and Naughty boy


Gambar nie kat i-City. Saje masokkan bukan sebab orang dalam gambar nie tapi sebab gambar nie lawa ++ aku yang tangkap pakai Canon. AHAHA

Pastu kami pon lepak kedai mamak belakang Tesco Semenyih. Pekena teh tarik sat. Balik lewat jugak la. Yang tak bestnye kne dok luar setengah jam. Semua pakat tido awal. Hp aku plak rosak. Damn ! last-last ada gak membe tolong bukakkan.

Esoknya ada membe lain kejut. Dengan muka cam cempedak busuk, mamai lagi time tu, sempat lagi aku lukis peta dunia kat atas tilam (haha gurau ja) dorang ajak p mandi kat tempat aku mention tu la. Tempat dia aku cakap memang terbaik. Terjaga lagi. Suci bersih tuh ! pa lagi bersuka ria la kami. Aku upload foto kat sana untuk santapan koang ea. Naughty gurl jeles xdapat ikot haha

Sebelom naik sempat interframe lu. Aku xd sebb aku ler Camera man kuli dorang HAHA xd gurau ja. Camera man sukarelawan ja.

Orang lain semua dah nak sampai tapi . . . . . . . . .

 . . . . . . depa dua orang jer terhegeh-hegeh kat bwah. haha. Empunya badan aje tahu knape dorang lambat naik.


Yang lain rilek je naik atas. Smpat bergambar lagi. dorang berdua masih kat bawah (gambar kabur sbb jauh sgt)

Berehat sebentar di salah satu perhentian yang ada. Sg Chepor, Perak pon kalah

p/s:: akan post lagi banyak gambar

Sunday, September 18, 2011

Nisa Addina

Salam
Hai semua. Tadi aku bangun tido then pegi bilik sebelah usha membe aku buat ape? dia tgh main lappy, dia tgk video. Aku nk post entry pasal video tu la. Rakyat Malaysia seramai 24 juta terselit beberapa bakat yang di iktiraf antarabangsa. Juara ape ntah. Nanti aku tanye membe aku. Nisa Addina, seorang pemain biola. Aku kagum gak tgk dia main biola, lagu Suara Takbir. TERBAIK der ! nak tgk video dia? Moh le nengok

Suara Takbir (penyanyi asal Tan Sri P. Ramlee) dendangan Nisa Addina (violin version)

P/S :: aku sebenarnya nak post pasal percutian aku dengan classmate aku ke Air Terjun Sungai Gabai. Coming soon next entry okay !!! haha XD

Saturday, September 17, 2011

keje di petang hari (:

assalamualaikum readers..
korang tengah wat ape tuh ? eh, ade ke yg na jawab ?? syok sendiri pulak.. hahaha..
ari ni aku na post something sal barang terpakai yang d' renew balek menjadi barang berharge.. idea ni dtg akibat terlalu banyak sangat botol2 innershine kat umah aku tuh.. hehe.. 
p/s: akak aku yang minum benda2 alah ni sume.. hehe..

na dibuang sayang, so akhirnye berguna jugak botol2 tuh sume. actually, today is my very close kazen wedding. but i can't attend for her wedding coz of masalah2 tertentu. huhu. but, i still can do something dat is very nice n sweet for her. its a potpourri comel ! hahaha..
eceehhh ! padahal hand gift for guest ni da buat lame dah mase cuti raye ari tu, tapi baru sekarang ade mase na update. hehe.. oke firstly, what we need to have is of coz la botol2 innershine tuh kan,


ni botol2 yang sudah bersih dibasuh.


sudah semestinye lah kan potpourri nye na kne ade. wajib ! also kaen net, gam uhu and tali supaya senang na pegang.. hehe



kaen net tu aku cari 2 kaler yang camni bagi die naek seri. potpourri pon na kena naek seri ke ? hahaha..


for d first step is, letak potpourri dalam botol tuh, then letak lah kaen net yg dah digunting tadi, then ikatlah mcm gambar kat ats tuh, jgn lupa selitkan jugak tali sebagai tangkai n jgn lupe gam, mane lah tahu kang tercabot lak kan mase na bagi kat guest. hikhik


after dat, take one of the net again n cover pulak bawah botol tuh, seperti gambar di atas ye tuan2 n puan2. aaikkk.. macam program memasak pulak dah. hahaha !


need one more netting yang berlainan kaler pulak bagi nampak lagik comel ~ hehe


tadaaa.. da siap.. simple but nice kan ? haha.. actually, there will have a couple butterfly on dat tangkai, but its already looks nice wif this. so here, this is our product. (macam menjual la pulak dah, haiyaaaa)
simple, mudah n murah . try la cari barang2 terbuang yang boleh dikitar semula menjadi barang yang sangat berharge. sweet !
credit to my sister and I coz berjaye siapkan hand gift for guest ni dalam lbh kurang 200 botol for 1 week. hebat ! (:

reben purple tuh sebagai cover kepade getah, sekali gus menyerikannye lagi. bersesuaian dengan tema wedding, pink purple. how sweet lah kan. ruginye aku tade. huhu. nevermind laa, asalkan sumenye berjalan dengan lancar..

to my dear sweet kazen, Puteri Raifana n her husband, Khairussani Taib, hope both of u happy together sampai ke syurga sane. sentiase mendoakan yang terbaek buat kalian berdua. amin. (:

Wednesday, September 14, 2011

Lawak Jenaka

tadi aku bukak fb, tgk kat status senior aku. Dia post lawak jenaka nie.

Ayam : Kambing, pahabaq?
Kambing : Baik habaq ang. tuu diia, ayam, segak kemain lagi nak p mana?
Ayam : Tadak pi mana pun. Saja nak tengok riaksi hang
Kambing : Tapi kan ayam, mcm mana pun hang berhias, jalan tetap kaki ayam, kan?
Ayam : Kutuk aku noee, hang lagi teruk dari aku habaq hang!

. . . . . Kambing : Awat pulak?

Ayam : Nampak macam alim. bela janggut tapi TELOQ duk nampak tergantung ! ! !
Kambing : !@#$%^&*()

Monday, September 5, 2011

The story of a Malaysian feast

Salam

wah~ bertemu lagi kita setelah agak lama Naughty boy tak post something an3?? HAHA banyak juga la Naughty boy nak cerita. Sekarang kita masih di bulan Syawal menurut kalendar Islam, so entry kali ini sudah semestinya cerita pasal Hari Raya lah an3 . . yang di sambut oleh umat Islam di seluruh dunia.

Naughty boy pulang ke kampung 25hb ogos yang lepas (ari khamis petang). My father yang amek kat umah sewa pukol 4ptg tapi Naughty boy bukan balik ke Ipoh terus ari khamis tu. My father ada urusan sikit kat Damansara so Naughty boy pon ikot jela. Aritu Naughty boy tak larat sangat2 tapi tak tahu la knape? esoknye selepas solat jumaat di Masjid dekat dengan Pejabat Polis Bukit Aman (sebelah masjid Negara) terus gerak balik Ipoh naik Naza Ria la HAHAHA. Sepanjang perjalanan hujan. Ada sesetengah tempat traffic teroih. Dalam perjalanan pulang ke kampung tercinta bersama ayahanda tersayang, 3x nampak eksident. kereta dengan kereta la (ada yang langgar melibatkan 2 kereta dan ada yang sampai 4). So, disini Naughty boy ingin mengingatkan Rakyat Malaysia supaya jangan excited nak balik kampung. Yang penting soal keselamatan anak bini korang !!! dan jangan buat anak korang jadi yatim piatu and bini korang menjanda. Karang ada yang kne sapu dgn mat-mat gila meroyan. Naughty boy sampai Ipoh beberapa minit sebelum berbuka. Malam tuh Naughty boy amek membe (Khairul nama dia) yg balik kampung gak, kat Medan Gopeng (stesen bas ekspress) dari Perlis. Dia belaja kat UITM  Arau, Perlis Indera Kayangan. Anta terus masuk Kem PGA, Ulu Kinta. Pastu lepak dengan kemba-kemba plak.

Hari-hari berikutnya, cam biasa bila dah sampai Ipoh mestilah lepak dengan kemba-kemba. aktiviti biasa pabila sampai di Ipoh. HAhAHA Hari Sabtu lepas aku pegi beli baju raya dengan family aku kat Greentown Mall, aku beli baju melayu wane ijau. xbest pon HAHAHA then singgah kejap kat Giant, Tambun. pasti Naughty boy dapat call from Wan cakap nak kuar jalan-jalan (dia amek kat Giant tuh). Aku ingatkan dia datang sorang then bawak kereta dia tapi sangkaan aku meleset. Aku ternampak sebuah kereta yang aku macam kenal tapi memang kenal pon dan tak sangka pemilik kereta tu pun ada. Terkejut gak aku. Jeff yang amek. HAHAHA Jeff nie belayar setahun but kapal dia berhenti sekejap kat Lumut. Tu sebab dia ada. Aku pun tak tahu dia balik. Dalam kereta Toyota Avanza tu ada sekali Farid. Kiteorang kuar jalan-jalan pegi Ipoh Parade (Wan dgn Jeff beli baju) then pegi Jaya Jusco. Karaoke la ape lagi !!! perbelanjaan semua Jeff yang belanja. Duit dia kepeng dalam dompet, takat belanje cam tu dia dh tak kira and dah tak heran. Baru bape bulan dia belayar dah dapat banyak tu. ish3~

Petang tu kami cadang nak berbuka sama-sama kat Dataran Ipoh depan bangunan MBI. Jeff takde sbb berbuka dengan family dia. aku, farid dengan wan naik kereta Naza, din naik Wira dengan membe-membe dia paan, ustaz, topek dgn nazrin. sampai kol 6.45ptg teruih order. Sejam lebih menunggu baru sampai, memang berbulu aku cakap. berbuka lambat la ape lagi. aduh~ membe din (topek) tak makan sbb udang dia hanyir, tak tahu la udang bila punya. dia order makanan famos kat situ iaitu char kuew tiau. Malam tu lepak umah Jeff sbb esok awal-awal pagi dia dh blah balik kapal. Kami lepak-lepak la sembang. Then kol 12 tgh mlm kuar blik ipoh pegi Gerbang Malam. tempat nie lebih kurang can downtown la. macam-macam ada. aku tak beli pape sbb sesak. memang padat gler sampai kaki melangkah terjengket-jengket je.

Aktiviti raya pertama iaitu pada hari Selasa bersamaan 1 September 2011. Aku bangun kol 6.30 solat subuh then aku tido balik. Bangun kol 7.30pagi, aku mandi, siap-siap pakai baju baru, makan sikit then kol 8.15pagi aku gerak pegi masjid besar batu 8. Takbir. solat start kol 8.30pagi. Abis solat je family aku ziarah kubur adik aku kat Pekan Tanjong Rambutan.


Baca surah Yassin tuk disedekahkan untuknya. Arwah merupakan adek lelaki aku berumur 14 tahun semasa meninggal pada tahun lepas, 2 bulan selepas umat Islam menyambut Aidilfitri (kemalangan motor). Ramai gak orang datang menziarahi pusara sedare mare or sahabat handai time tuh. Kawasan perkuburan pun nampak bersih la sikit. Pas abis je memziarahi pusara, aku dgn keluarga aku balik umah, kemas-kemas barang tuk balik kampung di Sri Iskandar. Kira-kira sejam perjalanan. sempat gak aku dgn adek- adek aku amek gambar sebelom bertolak HAHAHA

Dari kiri: adek aku second last (Sofea), adek aku yang kedua (Huda), Naughty boy, adek aku pertama  (Nazira) dan adek aku yang bongsu (Imran).

Gambar-gambar lain Naughty boy xleh post atas beberapa sebab termasuk gambar bersama parent Naughty boy. Sesape nak tgk leh personally datang request kat Naughty boy HAHAHA

Kat kampung time-time raya cam nie, biasanya Naughty boy dengan family ziarah sedare mara but raya tahun nie memang bermakna buat Naughty boy sbb dapat jmpa sedare mare yang Naughty boy sendiri tak pernah jumpa, tak pernah kenal and tak sangka ada lagi sedare mare Naughty boy. 2 hari yang amat bermakna jugak la. tak nak cerita sebb tak de kisah menarik and kalau Naughty boy cerita panjang sgt plak nnti. Raya ke 2 malam Naughty boy balik ke rumah di Ipoh, Opah datang dari KL dengan bapak sedare. Opah Naughty boy tido kat umah Naughty boy, bapak sedare dok kat hotel Sun Inn kat Tambun. Esoknya raya ke 3 rombongan sedare mare dari KL datang plak, kejap je. sesaje nak merasa naik train ETS (train laju KTMB) dari KL ke Ipoh. keluarga Pak Ngah. Naughty boy amek dgn ayah pakai 2 kereta, Naza Ria dengan Kancil. Sampai kol 12 tgh hari petang tu dorang balik ke KL balik kol 4 tiket dia sbb malam tu ada kene keje. Opah dengan bapak sedare jejalan kat Cameron Highland. Petang tu kawan kolej plak datang (Syazwan Samion) dak kos FHND. datang dengan membe dia dua orang, Anas dengan Auji. tido semalam je umah aku. Kiteorang makan-makan kat Dataran Ipoh. esoknya raya ke 4 lepas solat Jumaat antar balik dorang ke Medan Gopeng. pastu teruih Naughty boy pegi umah terbuka. sama gak dengan raya ke 5 and 6. Memang penat la tapi berbaloi-baloi !!! HAHAHA tema tahun nie dengan dorang Purple susu but baju Naughty boy dah lain kaler dia. Padahal, janji raya. ^_^

Naughty boy duduk no 2 dari kanan bersama kawan-kawan rapat di rumah terbuka lat (dalam gambar duduk di tengah)

Dari kiri Azie (awek pakdin), Emylina, Arina, Erma, Tokwan, Farid, Pakdin, Imran (bf Arina), Ajim, Apis, Amy, Bro, Ejan. Dududk dari kiri Yen and Naughty boy di rumah terbuka Pakdin

Rumah terbuka Anis (dalam gambar berdiri no 2 dari kanan)

sedikit gambar candid ^_^















Banyak lagi Naughty boy nak cerita tapi rase-rasenye cukup la sampai sini. Azan subuh telah pun berkumandang. Raya tahun nie walaupun pada mulanya Naughty boy rasa sedih sbb beraya tanpa adek tapi kemeriahan raya tetap dirasa. Sayang ketat-ketat pada my family and sahabat handai. Andai Naughty boy ada terkasar bahasa, terluka hati sesiapa or terampas awek korang ke, Naughty boy susun sepuluh jari mohon kemaafan especially to my housemate. (someone angry with me) HAHAHA. Selamat Hari Raya Aidilfitri Naughty boy ucapkan dan tak lupa Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke 54 Tahun. Hurrayyy !!!