Thursday, February 24, 2011

Monday, February 21, 2011

Candid Pic

Aku masukkan sedikit gambar 
Sepanjang aku dan kawan-kawan DAB aku buat "Base Plan"
Dan task tanaman rumput
Gambar ada banyak lagi sebenarnya 
Aku just upload gambar yang ada kat aku
ok!!!


Enjoy ea~,.. ^_^


sampai duduk ats rmput ni da ha.. dak dab pnye ragam.. haha
tekunnye wan.. haha
tan sri discuss sal projek pe la 2 yep!! haha
2 kembar yang ta bole dipisahkan.. haha
haaa.. cri jgn ta cri name bunga 2 syam, eppy ooiiii.. haha




HAHAHAHA
Masing-masing sebok dengan keja masing-masing
Ada yang amek ukuran
Ada yang membuat catatan
Ambil segala maklumatlah tuk melengkapkan plan
Segala yang ada kat site, aku dan kawan-kawan aku kena kena catat


Tan Sri Ashraf Shaufiq tengah buat Base Map,..hahaha muka tension jer
Nie cite kat site
Malam-malam aku dengan kawan aku bwat group discussion





HAHAHAHA
Amer tengah bermanja-manja dengan Azie
Macam-macam la gelagat dorang
Time kami buat group disscussion nie, kira kami untung la
Kat dewan ada buat majlis ape entah
Makanan yang tak abis dorang bagi la kat kami
Memang muka pelahap dema tu
Masing-masing dengan kerja masing-masing
Ada yang buat drawing
Ada yang buat discussion


Selain gambar kat site
Aku upload gak gamba time kami buat task tanaman rumput
Nak tengok??hahaha
Tengoklah






Itu saja 
Sedikit gambar yang ada dalam koleksi aku
Yang aku nak tunjuk kat kau semua
Seronok bile semua ada bersama 
Dan masing-masing buat kerja dengan hati yang gembira,.. ^_^


Lain kali kalau ada lagi gambar aku post ea
HAHAHAHA
Adiosa~!!
Hahaha
Kembali kita an?hahaha
Post aku kali nie aku rasa ringkas saja
Nak post video klip yang aku buat semasa aku di semester 1
Tentang kawan-kawan DAB Batch aku la
Sebenarnya video nie dah hilang dalam laptop aku
Awal tahun nie baru sedar
Tapi naseb baek housemate aku yang sama course dengan aku ada simpan video nie
Hahahaha
Nasib baek an? kalo tak hilang lah memori aku dengan kawan-kawan DAB aku
Sebelom hilang lagi, lebih baek aku post dalam blog 
Video semester 2, aku ada buat tapi pakai software online
tak boleh plak nak download
Movie maker aku aritu dah tak de sebab aku format laptop

^_^

So, aku harap kau orang semua  enjoy la dengan video aku nie






Sunday, February 20, 2011

Diploma In Agro Business (DAB)

hye ^_^
Nie post pertama tok bulan Februari
Post yang ke 14 tok tahun 2011 nie
Post yang ke 29 sejak blog nie di wujudkan
Hahahaahaha
Dah lama tak post kat blog nie
Last time rasenye 27hb Januari
But now dah 21hb Februari
Hampir sebulan ea
Hahahaha Kita patot celebrate sempena hampir sebulan aku tak post something
Hahaha
Bukan ape, aku bz sikit la
Makin tinggi semester, Makin susah la schedule belaja aku
Ok~!
Arini aku nak cite la sikit pasal course yang aku amek nie
& serba sedikit info pasal ape yang aku study 
Maybe korang leh dpt sedikit info
Hurrmmm,..Nama course yang aku amek nie Agro Business
Dip
Diploma in Agro Business
Kolej terletak kat mukim Beranang tetapi bersempadan dengan Semenyih
Beranang kat ujung utara Negeri Sembilan
Semenyih kat ujung selatan Selangor
Course yang di tawarkan ada 4 saja


Diploma in Agro Business (DAB)
Diploma in Business Study (DBS)
Diploma in Accountancy (DIA)
Higher National Diploma in Computing (FHND)

Aku tak nak cite pasal kolej aku nie
Aku nak cite pasal course yang aku amek
Ok
Yang best nya tentang DAB (nama singkatan course) nie
Course yang aku amek
 Schedule dia ada banyak
Daripada nama course nie kita leh tengokkan sendiri


Agro = Bidang pertanian + bidang sains dan biologi
Business = Bidang perniagaan + bidang perakaunan

Kiranya aku untung la dapat course yang memiliki pakej yang lengkap
Aku leh belaja tentang bidang pertanian dan juga bidang perniagaan
Berbanding dengan course lain yang aku tulis kat atas
Dorang suma belaja tentang course dorang ja
Maksud aku 1 ilmu je,
Sama ada bidang perniagaan
Atau bidang perakaunan
Mahupun bidang perkomputeran
Tapi seksanya Ya Allah
Dia saja lah yang tahu
Schedule yang padat
Antara 4 subjek yang aku sebut kat atas
Course DAB nie spend masa yang agak banyak berbanding course-course lain
Hampir 3x ganda
Subjek amali dan kelas praktical
Untungnya course nie ada life sikit
Tak macam course lain
Belaja sama ada di kelas ataupun dewan
Kami belaja di kelas sekali belaja di ladang
Nampak la kami nie ada life sikit
Hahahaha
Semasa aku semester 1, schedule lebih tertumpu kepada bidang sains dan biologi
Time tu jangan cakap la
Kalo tak tido tu dah lumrah aku dan kawan aku yang amek course nie
Sampai ada kawan aku nak quite
Aku tengok senior aku pon same gak
Kat hostel kalau yang paling lambat tido tu sampai kami dah boleh agak
Orang tu mesti budak amek DAB nie
hahahaha
Budak paling aktif kat hostel pon budak DAB
Jual itu ini (nak cari duit lebih la katakan)
Macam-macam aktiviti kami buat
Sampai ada budak course lain cemburu
Hahahaha


Principle of horticulture
Principle of animal production
Mathematic and statistic for business
Fundamental business english
Information technology fundamental
penghayatan islam

Nie la subjek aku amek mase semester 1
Paling susah sekali subjek pertama dengan subjek yang kedua
Bidang agro, sains dan biologi tu
Memang aku xleh pickup
Final exam aku dapat cukup-cukup makan je pointer
Nasib baek tak fail & repeat
Semester 2 plak subjek lebih sikit 
Lebih kepada bidang perniagaan dan landskap
Macam biasa la, paling banyak masa study jawapannya DAB la berbanding dengan course lain

Plant propagation and nursery management
Soils and planting medium
Business economic
Agro-business management
Basic landscape architecture
Practical business english
Amal islami

First time aku belaja landscape
Tapi basic landskap lagi la
Lukis-lukis biasa je
Gambar pemandangan
Section elevation (salah satu landskap drawing)
Perspektif (ada 3 jenis)
Mula-mula belaja memang aku hampir give up
Mane tak nye
Tak penah terbayang macam mana la subjek landskap nie
Mula-mula amek course nie pon tak tahu DAB nie ada landskap
hahaha
Tak pernah terdedah pada dunia landskap
Masuk semester 3 pon same gak
Lebih kepada bidang landskap tapi aku dah di dedahkan pada bidang landskap nie sejak semester 2
Aku tak nak cita lebih-lebih pasal semester 1 dan 2
Sebab aku banyak dah lupa
Macam yang aku cakap semester 3 lebih kepada Landskap 
Bukan basic lagi dh
Aku di ajar membuat design plan plak
Lecture bagi kawasan pastu aku dengan kawan aku kena la buat plan
Bukan main bantai lukis je
Kena ikot skala
Kena kira panjang
Panjang A-B berapa meter then kena convert guna skala msok kedalam paper A4 & A3
Susahnye 
Memang susah aku cakap kau
Bayangkan longkang sepanjang 2-3 meter 
Kena masokkan ke dalam paper A4
Kalo in reality dh meter
Kalo kat dalam kertas nak pakai apa
Kadang-kadang ada ukuran xleh pakai cm 
Lakaran secara kasar tetapi pengiraan diambil dengan tepat. Kawasan seluas hanya 170m x 35m sahaja.

Nama-nama shrub dengan jumlah shrub termasuk kiraan kedudukan sekali.


Kemudian kami perhalusi drawing kami. 
Lengkap dengan segala facilities dan utilities
Di upgrade dengan shrub and flora
Inilah hasilnya 
Bagi pertama kali dalam landskap
Dan pengalaman pertama buat drawing
Hanya 5 ari masa di ambil
Bolehlah buat aku bangga dengan usaha aku dan kawan-kawan aku nie
Hahahaha

Yang nie baru 90% siap
Belom colouring & label lagi
Macam-macam gelagat ada
Haahahaha
Lawak jugak la pengalaman aku nie
Ada yang sampai terduduk, terbaring & macam-macam aksi membe aku buat kat site
Duduk kat bawah panas terik matahari berjam-jam
Demi untuk membuat drawing plan nie
Plan nie ada nama dia
Namanya "Base Map"
Ini baru untuk Tajuk yang pertama
Dah siap 100% aku dengan kawan-kawan aku hantar la
Kena REJECT!!!!

(-_-)' , ~ (-_o)"~ ........................

HAHAHAHAHA
Time tu memang naek angin lah
Hampir setiap hari kurang tido
Minum nescafe 2-3cawan semalam
Ruang tamu rumah sewa bersepah macam architect pakar dapat tender besar buat keja
Melalak tengah-tengah pagi buta sebab nak release tension & ilangkan mengantuk
Time tu mengamuk but now gelak je bila pikir balik
Hahahaha
Pelbagai ragam boleh di lihat 
Ragam yang di tunjukkan oleh membe-membe aku
Kami pon buat la blik
Nie baru keje group
Belom keje individu lagi
Berdasarkan evaluation form yang lect bagi nie sebenarnya belom masok topic dalam schedule
Pening pale aku
Nie cuma peta yang akan aku dengan kawan-kawan aku gunakan untuk topic yang pertama nanti

Tengok, nie baru subjek pertama. Susah sangat-sangat. Yang kat bawah nie aku tunjuk sampai habis schedule aku untuk semester 3 nie bagi subjek landskap sahaja

Sekarang aku dengan kawan-kawan aku dh mula buat individual project
Yang group punya projek nie nanti aku akan uploadkan untuk tatapan korang
Paper dia xmain la A4 atau A3 (A3 2x ganda A4)
Paper dia pakai saiz A1 atau A0 
A1 sebesar paper majung
A0 korang pikir la sendiri
Ada lebih kurang dalam 30 plan termasuk plan redo
Plan redo tu plan yang di reject  ataupun plan second crit session
Gila lah!!!
Bajet aku tuk 2 bulan habis lari
Hari-hari makan lauk telur dengan ikan sardin masak sendiri
Jemu dah wei~!!
HAHAHAHA
Apa la kawan-kawan aku tgh komen kat fb group DAB
Teringin nak baca,..hahaha
Tapi tak boleh
Fb aku, dah aku padam
Dah tak dapat nak tengok gelagat mereka komen dah,..hehehe

P/s 1 : kepada kawan-kawan fb, 1 family <3, dan semua lah. sori tak dapat baca komen kou semua dah. ^_^ Aku harap kau semua rindu aku,..hehehe gambar-gambar candid yang kau semua tag kat aku, aku dah save dalam laptop aku. Thanks for everything.


P/s 2 : kepada kawan-kawan DAB batch sama dengan aku. Aku tahu kau semua dah tak larat nak hadapi semua nie. Penat, banyak keluar duit, kena maki etc.Banyak kau orang complain, merungut, maki kat fb. HAHAHAHA tapi aku rasa semua ini akan jadi kenangan manis kita bila kita dah berjaya kelak. sekarang kenangan nie still lagi kenangan pahit but bila kita dah berjaya nanti, kenangan ini akan menjadi kenangan manis. Lupakanlah niat kau semua nak berhenti. Sekurang-kurangnya kau semua akan ada story nak citekan kat anak cucu kau semua. Boleh anak cucu kau semua jadikan pedoman untuk mereka menghadapi zaman kolej mereka pulak. Menceritakan pengalaman kau semua kepada kawan-kawan mereka. Manatahu satu hari nanti, Mereka akan belaja di kolej yang sama dengan kolej yang kau semua belaja sekarang. Biar  mereka merasai pengalaman berada di kolej. Biar mereka merasai pengalaman yang kita rasai. Aku nak kau semua tahu wahai kawan-kawan, aku gembira berkawan dengan kau semua walaupun antara kita ada konflik. Walauapa pun terjadi, kau semua masih kawan aku dunia dan akhirat. ^_^ Berusaha semua!!!!HAHAHAHA