Thursday, January 27, 2011

Kenangan Lama Terimbau Kembali

Kenangan lama aku terimbau kembali hari ini
hahaha
Kenangan yang aku masih ingat
Betapa manis dan bahagianya kenangan itu
Aku tak tahu la nak cakap macam mane nak menggambarkan betapa happynye aku dengan kenangan itu
Aku bertemu kembali dengan kenangan lame itu di dalam facebook
Kenangan tentang kehidupan aku di Puchong
Tempat aku mula-mula di besarkan selama 10tahun
Segalanya terungkit apabila aku masok ke link(facebook) sekolah lame aku
Iaitu "Sekolah Kebangsaan Puchong Batu 14 (SKP BT 14)"
Sekolah pertama aku!!
Aku mencari-cari lah kalo ada yang aku kenal 
Then seperti yang aku jangka, aku ternampak sebuah foto
Macam kenal jer muka nie
Mas Azlina bt. Johari a.k.a ge-girl

Familiar sangat,..hurm
Terus aku add as a friend, belek-belek profile dengan gambar-gambar dia
Tekaan aku semakin mendalam dan ketepatan tekaan aku tu macam betol jer
Kalo tak salah aku dia adalah jiran belakang rumah aku
Satu sekolah
Family dia la yang jage aku semasa ibu aku keluar bekerja as a teacher at that school
Aku panggil die dengan name "ge-girl"
Aku tak tahu langsung nama sebenar dia

with her cousin
Aku baru tahu, the real name is Mas Azlina bt Johari
Aku dengan dia memang rapat
Yela an, rumah belakang je
Selalu jugak aku pergi rumah dia
Walaupun ibu aku ada di rumah dan dia tak perlu jage aku
Aku panggil parent dia "Mak & Abah",..haha
Lebih kurang keluarga dia macam family ke 2 aku
Rumah dia macam rumah ke-2 aku
Aku masih ingat lagi
Dia la yang mengajar aku masak roti telur
hahahaha
Kelakar giler
Segan pon ada nak cerita
First menu aku bwat adalah roti telur
Telur goreng diletakkan diantara roti tu
Aku pergi sekolah dengan dia,..
Family dia family ke-2 yang menjaga aku
Family pertama duduk jauh sikit nun kat atas bukit
Family ge-girl nie boleh di kategorikan sebagai family besar jugak la
Abah & Mak,..haha. Rindunye dorang ^_^
Kalo aku tak salah ada 11 orang adek beradik
Time dorang jage aku, semua belom kahwin lagi
But when aku pergi Puchong before aku masok PLKN
"Program Latihan Khidmat Malaysia"
Semua dah kahwin kecuali 5 adik beradik last
termasuk la dia an
Dia pon dah makin lawa
hahahaha
(jangan jeles~)
To si dia, jangan risau lah
Dia dah berpunya & dia dah saye anggap macam family sendiri
Family dia family angkat dia
Sampai sekarang parent dia saye panggil Mak dan Abah lagi
hahaha
Norazmira bt. Johari a.k.a Mira
Dia nie anak no 8
Atas dengan bawah dia lelaki
Yang atas tua setahun dari aku, dia sebaye aku la
Bawah dia aku lupa la, maybe SPM tahun nie kot
Hurmmm,, betolla.
Sebaye dengan adek pompuan aku yang kedua
Yang last perempuan
Aku panggil Mira je
Name penuh dia "Nurazmira bt. Johari"
comel jer orang nye
Time aku jumpe dia sebelom aku pergi PLKN
Aku tak dapat cam mane satu mira, mane satu ge-girl
Muka dorang same je 
Dengan dorang la aku main
Aku rapat dengan semua adik beradik dia
dari yang sulung sampai yang last
Dia plak tak abis-abis senyum last time kitaorang jumpa
Maybe pelik tengok muka aku dah berubah
hahaha
Mak pon tegur yang rambut aku dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah
Masih terpacak
Aku pon cakap la "ea ke mak? cam tak caye je"
hahaha
Ifwat b. Norazni a.k.a Wat
Aku sendiri pon lupe yang dulu aku rambut pacak
Mak aku pon tunjuk la bukti
hahaha
lawak gler muka aku, memang terpacak rambut aku!!!
hahahaha
Lantak korang la nak percaye ke tak?
Gambar tu aku tak ambil, so tak boleh la nak upload kat sini
hehehe
Fuhh!!! selamat tak ada gambar
Aku cadang sama ada minggu nie aku nak pergi sane or time cuti raye cina tahun nie
Tak tahu la perancangannye macam mane?
Tapi aku mesti pergi sebab dorang dah nak pindah ke Melaka
Kampung asal dorang
Tak sabar dah nie,..hahaha
Kat Puchong gak aku ada kawan
Name dia Ifwat b. Norazni
Panggil ifwat or wat
Nick name kat facebook "Ifwat Wat"
Leh di kategorikan sebagai kawan baik & kawan lame aku
hahaha
Aku pon selalu pergi rumah dia
Selang 2buah rumah je
Mak dia dengan ibu aku satu sekolah
Dia 3 orang adik beradik
Dia sulong, bawah dia lelaki, yang bongsu perempuan
Yang lelaki nama dia Iqwan
Aku panggil Wan atau Iq
Iqwan b. Norazni a.k.a Iq
Nick name facebook "Iqwan Wan"
Dulu time aku kat Puchong lagi dia 2 beradik jer
Family aku antara yang terawal duduk kat perumahan tu
Dulu family kawan aku nie duduk di bawah
Then berpindah ke atas
Parent dia orang negeri Perak sama macam parent aku
Aku selalu main dengan dia tp bapak dia nie straight sikit
hurm,..macam mane aku nak cerita eh
Bapak dia nak dia jadi orang yang berjaya
So, dia kena la belaja rajin-rajin
Kurangkan main tp kalo aku pergi rumah dia aku dengan selamba je ajak dia main
Tapi time bapak dia tak ada la
hahaha
Aku pon takot dengan bapak dia kalo bapak dia tengah marah
Bapak dia sebenarnya baik
Senang nak bergaul tapi kalo time belajar jangan la datang rumah dia
hahaha
Aku kelas tambahan pon sama-sama dengan ifwat
mengaji pergi sama-sama tapi kalo bab-bab belajar nie ifwat mendahului aku
Aku nie dalam kategori bodoh sikit time tu
Dia kelas pertama dari darjah satu sampai darjah 6
Aku kelas sama ada ke-3 atau ke-4 dari darjah 1 sampai darjah 4
darjah 5 aku dah pindah
Bila difikirkan balik aku rase malu dengan dia
Taraf aku dengan dia tak sama
Dia pandai aku tak bape pandai
Dia sekolah teknik, aku sekolah menengah biasa
Dia matrik, aku just kolej under MARA je~
huh!!
Malu jugak lah kalo jumpe dia or kawan-kawan lame aku
hurm,.... 
Kadang-kadang aku terfikir kenape la aku kenal dia
or kenapa la aku xbelaja rajin-rajin macam dia
hahaha
Cerita lame jer tu
Biar lah,..haha
Tapi memang seronok tinggal di Puchong~!
One of the best of my memories


P/s: harap-harap boleh jumpe dorang lagi,..InsyaAllah kalo ada umor yang panjang,..doa-doakanlah ea











Wednesday, January 26, 2011

Epilog anak-anak Omar (Kidz Omar)

Aku ingat nak post sesuatu yang aku baru dapat hari ini
Satu kejadian yang berlaku di negara jiran Malaysia iaitu negara Indonesia
Tapi sebelom nak post, aku terbace satu nota di dalam Facebook
Seseorang yang saye kenal


Hurmmm,..xpe la
Aku post dulu pasal kisah di Indonesia tu
Di publish kat satu blog
Tajuk post tu pon menarik perhatian aku
"Mayat Balik Rumah"
Di post pada 7 April 2010
Agak-agak pe korang fikir bile dengar tajuk nie??
Aku pikir tajuk nie same je macam dalam cerita Mastika or cerita-cerita hantu yang lain
Hanya cerita but tak ada fakta
Tapi bila aku tekan kebawah
Aku terpandang sekeping gambar
Gambar mayat seorang wanita tua berambut panjang berdiri tanpa ada apa-apa benda yang boleh m'buatkannya berdiri
Dengan latar belakang sebuah kampung
Di belakang gambar ada keranda
Maybe tok mayat tu
Aku pon tertarik dengan tajuk nie
Ada something different dari cerita-cerita lain yang selalu ada


Aku copy paste je la ape yang blog tu tulis
*tok bacaan korg je, xd niat nak m'ciplak


" Di Kg Toradja (Indonesia) terdapat satu ilmu yg luar biasa dimana mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri. Kejadian berlaku disebuah daerah pendalaman Indonesia yg berbukit bukau. Jika ada kematian di kg Toradja maka mayat itu akan diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya. Kuasa ini dibuat supaya tidak menyusahkan orang kampung dari mengurus mayat tersebut.


**merujuk kepada yang sahih, perkara ini memang maujud. salah satu punca sihir yang diamalkan di seberang. rasa2nya jenis syaitan yang terjebak dalam perkara ini bernama Timun. Syaitan ini telah di-invoke oleh pemujanya agar ia menggerakkan Qarin (pendamping si mati) supaya melakukan tugas2 yang disuruh. seperti menggerakkan mayat dan sebagainya. Upacara syirik dan Khurafat ini sebenarnya masih berlelualasa di TANAH TORAJA, INDONESIA. Dengarnya bukan hanya manusia. Bahkan binatang ternakan seperti ayam, kerbau dan babi juga boleh kelihatan bernyawa walaupun ditetak sehingga mati. Binatang yang dibunuh secara kejam kemudian dihidupkan dengan pemujaan sering dibuat pertunjukan katanya."


Aku tak sangka plak negara Indonesia masih mengamalkan ilmu sihir cam nie
Bukan semua la tapi di sesetengah tempat
Negara Indonesia bagi aku masih lagi misteri
Hutan negara Indonesia banyak lagi benda yang tersembunyi
Sebelum blog aku nie wujud aku ad terbace satu kisah
Di dalam hutan nun jauh kedalam negara Indonesia masih ada puak yang memakan manusia
Siap tunjuk dengan gambar lagi
Tetapi kesahihannya aku tak dapat buktikan lagi


Aku besarkan lagi gambar tu tok korang tengok dengan lebih jelas
hahaha
Aku kalo benda-benda pelik + fakta nie aku memang cukup suke,.. =)
Korang rase nie mayat ke? Aku rase ya,..tgk tangan mayat perempuan tua tu!




p/s: ape-ape maklumat lanjut atau ingin mengetahui kisah yang lebih detail bleh pergi ke link ini
http://anaktokai.blogspot.com/2010/04/mayat-balik-rumah.html


Berbalik kepada cerita di facebook tadi
Nick name dalam facebook orang tu ialah Kidz Omar (anak-anak Omar)
hahaha
First time aku add orang tu as my facebook friend, nick name dia pon dh bwat aku tertarik
Macam ada sesuatu kisah di sebalik nama itu
Kenape orang tu pakai name "Kidz Omar"??
Yang membawa maksud anak-anak Omar
Ape yang membuatkan orang tu bangga menggunakan nama tu
dari first time aku add orang tu setahun yang lepas sampai sekarang orang tu tak pernah ubah nama
(awal-awal aku add mybe orang tu pakai name sebenar dia then tukar kepada nama sekarang,..setahu aku la)
Bangganya orang tu dengan ayah die
Tentu ayah orang tu amat begitu bermakna bagi orang tu an?

Orang tu lecture aku semasa aku semester 2
Mengajar subjek Plant Propagation and Nursery Management (HTR 2054)
4jam kredit hour means 2jam lecture, 4jam practical
Status subjek: Core
Memang enjoy la masuk kelas die
hahaha
Antara orang yang aku respect!!
Cepat mesra, sporting, tak pilih kasih & macam-macam lagi lah
Korang mesti nak bace an??
Aku copy paste tok korang k


P/s: saye mintak maap sir Khidir. Copy paste tanpa mintak kebenaran tetapi kalo cerita nie kita boleh share, lebih banyak manfaat dari buruknye. Saya tak akan mengubah satu ayat pon. Sir jangan risau,..^_^


-------------------------------------------------

MY STORY TO SHARE..
by Kidz Omar on Wednesday, January 26, 2011 at 11:34pm
Liku-liku kehidupan seorang hamba Allah SWT


Keluarga yang bahagia menjadi idaman setiap orang (gambar hiasan)
            
Allah SWT tidak akan menguji seseorang tu diluar kemampuannya. Terdapat pelbagai jenis manusia di muka bumi ini masing-masing telah tertulis qada’ dan qadarnya sebaik sahaja dilahirkan di dunia. Itulah janji Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Ada dikalangan hambaNya yang diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran dalam mengharungi kehidupan seharian. Terdapat juga hambaNya yang kurang diuji. Oleh yang demikian, seharusnya hamba yang diuji dengan hebat menunjukkan rasa syukur kerana Allah SWT itu masih sayang dan mengingati hambaNya. Janganlah menganggap dugaan dan cabaran yang diterima merupakan beban semata-mata dan menganggap Allah SWT itu tidak adil. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Manakala yang mengharungi kehidupan ini dengan senang-lenang, dicucuri dengan rezeki dan rahmat yang tidak putus-putus maka janganlah lupa diri dan meninggalkan suruhanNya dan melakukan laranganNya. Ingat, segala perbuatan kita di dunia ini pasti menerima balasan samada di dunia atau di akhirat.





Mr. Khidir B. Omar a.k.a Kidz Omar
            Atas kesempatan ini aku mahu berkongsi kisah hidupku agar menjadi pedoman dan teladan untuk sahabat-sahabat seagamaku. Bapaku bernama Omar Bin Mohd bekerja sebagai penjaga elektrik di salah sebuah syarikat swasta yang terletak di Shah Alam. Manakala ibuku bernama Masitah Binti Abdul Rahman merupakan seorang jururawat yang bekerja di wad kanak-kanak di salah sebuah hospital kerajaan di Klang, Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Ibu bapaku menetap di sebuah rumah sewa di sekitar Klang. Setelah kira-kira setahun berkahwin mereka dikurniakan cahaya mata pertama, iaitu kakakku yang diberi nama Khairunnisa bermaksud sebaik-baik wanita yang lahir pada 12 Febuari 1984. Kira-kira setahun kemudian lahirlah aku, anak kedua diberi nama Mohd Khidir yang lahir pada 14 Ogos 1985 namaku merupakan nama salah seorang Nabi di mana Allah SWT memerintahkan Nabi Musa untuk berguru dengan Nabi Khidir. Memandangkan ibu bapa kami bekerja, mereka menghantar kami ke rumah pengasuh yang juga merupakan jiran sebelah rumah kami.  Begitulah rutin harian ibu bapaku di mana pagi kami dihantar ke rumah pengasuh dan di sebelah petang kami diambil setelah ibu bapaku tamat bekerja sehinggalah akal fikiranku mula berfungsi untuk mengingati dan memahami sesuatu perkara. Hubungan kami adik beradik memang rapat bagaikan aur dengan tebing. Tetapi kadang-kala bergaduh juga. Biasalah, kanak-kanak. Namun kami cepat berbaik, mana tidaknya pejam celik jumpa orang yang sama sahaja. Zaman kanak-kanak kami, bapaku yang aku rasa amat pelindung sifatnya, melarang kami untuk bermain bersama dengan kanak-kanak jiran. Ini kerana pada pengamatannya kanak-kanak jiran yang agak kurang baik budi perkertinya. Biasalah, kanak-kanak. Kami turutkan sahaja kamahuan bapaku kerana bapaku juga seorang yang garang. Pernah juga beberapa kali aku dirotan di telapak tangan dan punggung kerana nakal. Kakakku begitu juga. Setelah dirotan, emak tempat kami mengadu. Ibuku seorang yang penyayang. Tidak pernah sekali merotan, apatah lagi mencubit kami. Kemarahannya terhadap kami hanya diekspresikan dengan teguran. Itulah serba sedikit sifat emakku. Walaupun begitu, kami tetap bermain dengan kanak-kanak jiran di luar pandangan mata bapaku. Terpaksa bermain curi-curi. Di depan mata bapaku kami berlagak tidak berkawan dengan kanak-kanak jiran walaupun terserempak di depan mata. Agak pandai di situ kami berpura-pura. Apa hendak dibuat, naluri seorang kanak-kanak yang ingin berkawan. Tetapi seorang bapa mengetahui apa yang dilakukan oleh anak-anaknya di luar pandangan matanya. Dengan itu, untuk meminimumkan waktu bermain di luar, bapaku membeli video game dan dipasang di tv. Itulah menjadi hiburan kami. Bapa kami turut bermain video game. Kadang-kala tempoh dia bermain mengalahkan kami. Punyalah lama. Hendak mencelah takut dimarah. Maka kami biarkan sahaja dia bermain sehingga bosan.





            Begitulah rona kehidupan kami sekeluarga sehinggalah ketika aku berusia tujuh tahun dan kakakku berusia lapan tahun ibu dan bapaku dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki yang diberi nama Mohd Ilyas yang lahir pada 5 haribulan Jun 1992. Pada ketika ini jugalah aku belajar membahasakan diri sebagai abang di mana dahulunya aku membahasakan diri sebagai adik dan kakakku digelar sebagai along kini digelar kakak. Kehidupan berjalan seperti biasa dan pada tahun berikutnya aku mendapat seorang lagi adik. Nama diberi Nurul Hidayah yang lahir pada 23 September 1993 juga merupakan adik bongsu kami. Ketika ini aku merasakan kehidupan ini sungguh indah dan bahagia sehinggakan aku pernah ponteng sekolah pagi selama sebulan tanpa pengetahuan ibu dan bapaku semata-mata hendak berada dirumah untuk bermain permainan video, menonton filem kegemaranku  iaitu ‘Police Academy’, dan sitcom 2+1yang dirakam oleh bapaku yang mempunyai perakam video pada waktu itu. Kurasakan seperti kata pepatah, rumahku, syurgaku. Aku lebih suka duduk terperap dirumah daripada keluar ke mana-mana.





<span> </span>Namun begitu, kebahagiaan yang aku rasakan selama ini tidak berkekalan apabila ibuku disahkan oleh doktor menghidap kanser payudara. Aku berumur lapan tahun ketika itu dan aku tidak memahami keadaan sebenar ibuku yang menderita akibat kanser payudara kerana ibuku tidak sedikit pun menunjukkan tanda-tanda yang dia sedang menderita. Apabila aku berumur sembilan tahun, aku mula menyedari bahawa ibuku sakit. Tetapi aku masih tidak tahu betapa seriusnya penyakit kanser ini. Seringkali aku melihat bapaku membawa ibuku pergi berubat secara tradisional di merata tempat. Kadang kala aku juga pernah mengikut mereka pergi berubat. Pelbagai jenis manusia telah aku jumpa dari yang mengamalkan perubatan islam sehingga pengamal perubatan yang menggunakan kemenyan. Bapaku pernah beritahu pada aku dan kakakku bahawa pihak hospital telah menemui jalan buntu untuk merawat penyakit ibuku. Maka dengan itu bapaku memutuskan untuk cuba rawatan alternatif. Rawatan demi rawatan dilakukan pada ibuku sehingga satu ketika sewaktu aku berada di kampung Muar Johor, pada waktu malam ibu bapaku baru pulang dari berubat aku terlihat tatkala ibuku menjejakkan kakinya ke tanah dan mula berjalan ibuku terus rebah ke tanah. Aku menjerit "mak" dan terus berlari ke luar mendapatkan ibuku. Air mataku mengalir keluar melihat keadaan ibuku yang lemah dan tidak berdaya. Dari air mukanya dapat kulihat bertapa seksanya ibuku menanggung kesakitan. Namun, aku tidak berdaya berbuat apa-apa.


Membawa ibuku pergi berubat sudah menjadi rutin harian kehidupan kami. Bapaku tidak pernah sekali berputus asa untuk menyembuhkan ibuku seperti sedia kala. Pada ketika ini aku mula menyedari rambut-rambut ibuku mulai gugur kesan daripada radioterapi. Tetapi aku tidak memahami apakah sebabnya. Fikiran seorang budak yang berumur sembilan tahun yang masih belum dapat mentafsir perkara yang berlaku. Suatu hari aku dan kakakku sedang bermain-main dengan adik beradikku, tiba-tiba ibuku memanggil, kami berjalan ke arahnya dan menanti apa yang hendak dicakapnya. Suasana suram ketika ini. Ibuku diam seketika kemudian berkata, "idir, nisha, kalau mak mati jaga adik-adik, kalau abah marah jangan lari dari rumah", mengalir air matanya ketika berkata demikian. Aku dan kakakku tersentak, terus kami memeluknya sambil berkata, "mak, kenapa cakap macam tu?". Ibuku senyap, hanya esakkannya kedengaran sambil memeluk erat kami berdua. Masa berlalu, keadaan ibuku semakin serius, dia tidak mampu lagi berdiri dan menguruskan diri sendiri. Aku dan kakakku bergilir-gilir menguruskannya. Kakakku yang lebih banyak menguruskan ibuku kerana fikirannya yang lebih matang. Walaupun begitu, kerana kasih sayangnya pada anak-anak, ibuku cuba sedaya upaya untuk berdiri sendiri kerana tidak mahu dirinya membebankan orang lain. Pernah satu ketika bapaku berkata, dia terlihat ibuku cuba berjalan perlahan-lahan sambil kedua belah tapak tanganya dilekapkan ke dinding untuk menyokongnya berjalan. Bapaku berlari mendapatkannya dan pimpinnya ke bilik air sambil bertanya ibuku hendak ke mana. Ibuku berkata dia mahu mengambil wuduk. Aku amat menyanjungi ibuku, dalam kesakitan dan penderitaan yang ditanggung ibuku tidak pernah lupa untuk mengerjakan seruan Ilahi. Saban hari penyakit ibuku semakin serius. Namun begitu kehidupan perlu diteruskan, dengan perasaan yang berat bapaku terpaksa menghantar ibuku ke kampung, rumah nenekku kerana perlu bekerja untuk member keluarga sesuap nasi dan untuk membayar perbelanjaan perubatan ibuku. Manakala aku dan kakakku perlu bersekolah kerana telah sekian lama kami ponteng sekolah. Dua orang adikku dihantar ke rumah pengasuh kami. Di saat ini aku dan kakakku belajar berdikari dan menguruskan diri sendiri. Ak belajar memasak, membasuh baju, menguruskan urusan pendaftaran sekolah, dan sebagainya. Kadang kala kami pernah ditinggalkan sendirian di rumah kerana bapaku yang terpaksa bergegas pulang ke kampung untuk melihat keadaan ibuku. Kami makan roti dan air milo sahaja kerana bapaku kadang kala terlupa memberikan duit belanja. Namun kami tidak pernah bersungut kerana mengerti kesusahan dan dugaan kami sekeluarga. Sewaktu cuti sekolah sabtu dan ahad kami dibawa pulang ke kampung untuk melihat keadaan ibuku. Ketika tiba di kampung, aku menghampiri ibuku dan memanggilnya "mak". Sedih rasanya ibuku tidak mengenali diriku sebagai anaknya. Aku diberitahu oleh makcik sedara bahawa penyakit kanser ibuku telah merebak ke sel-sel otak dan mengakibatkan kanser otak atau barah otak setelah didiagnos oleh doktor di hospital kerajaan Muar. Ketika ini aku tahu bahawa penyakit ibuku telah sampai ke tahap serius dan kritikal.





<span> </span>Pada 31 Mac 1995, aku dan kakakku bersekolah seperti biasa walaupun fikiran ini sering melayang teringatkan keadaan ibuku. Tiba-tiba aku diminta oleh guru kelas untuk pulang ke rumah, katanya bapaku telah meminta kebenaran pihak sekolah untuk membenarkan kami pulang awal ke rumah. Aku tidak mengesyaki apa-apa kerana dalam hati ini melonjak gembira kerana dibenarkan pulang awal. Setibanya kami di rumah, aku lihat wajah bapaku serius. Bapaku mengarahkan kami untuk bersiap-siap untuk pulang ke kampung. Kami menurut. Sebelum pulang ke kampung, bapaku singgah di rumah pengasuh untuk mengambil adik-adikku dan bapaku menjemput pengasuh kami, gelaran makcik Yah mengikut pulang ke kampung untuk menjaga adik-adikku yang masing-masing berumur 2 dan  3 tahun. Dalam perjalanan ke kampung suasana sunyi sepi dalam kereta. Tiada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut kami semua. Bapaku terus memandu ke hospital Muar. Pada sangkaan aku, bapaku mahu menjemput ibuku pulang setelah sembuh menerima rawatan di hospital. Hatiku sedikit girang ketika itu. Ketika melangkah masuk ke dalam wad, aku terasa suasana sekitar agak murung. Aku sangka ibuku akan menyambut kedatangan kami semua, namun sangkaanku meleset sama sekali apabila aku terlihat nenekku sedang menangis tersesak-esak di hadapan sekujur tubuh yang tidak bergerak, kaku. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa sedihnya ketika itu aku rasa. Aku menangis semahu-mahunya di hadapan jasad ibuku yang telah meninggalkan kami sekeluarga selamanya. Ya Allah, Kau telah mengambil seorang insan yang paling aku sayangi, pada siapa aku hendak mengadu nasib dan mengharap kasih seorang ibu? 10 tahun sahaja aku berkesempatan untuk hidup bersama dengan ibuku. Aku redha. Ketika upacara pengebumian dilakukan, dengan cuaca pada ketika itu mendung dengan titisan-titisan air yang halus membasahi bumi seperti juga meratapi pemergian ibuku adikku Ilyas yang berumur tiga tahun bertanya kepada pengasuh dan bapaku, “nape mak duduk situ?”, dia tidak mengerti. Bapaku mendekati dan mendukungnya sambil berkata, “iyas, mak tidur kat situ, nanti mak bangun la”, orang ramai yang menyaksikan ketika itu turut bersedih melihat kami sekeluarga. Air mataku semakin laju mencucuri keluar tidak dapat menahan sebak. Sebelum keranda diturunkan ke liang lahad, aku sempat mencium dahi ibuku buat kali terakhir. Aku melihat jasad arwah ibuku diturunkan ke dalam liang lahad sehingga tanah dikambus tidak berganjak. Aku ingin lihat sepuas-puasnya kerana ini kali terakhir aku melihat arwah ibuku.





<span> </span>Tinggallah kami lima sekeluarga tanpa kehadiran ibu tercinta. Aku cuba untuk mengadaptasi dengan apa yang berlaku. Kira-kira lima bulan setelah pemergian arwah ibuku, bapaku berkata kepada aku dan kakakku bahawa dia akan berkahwin dan kami akan mendapat emak baru yang bernama Jamilah Bt. Yusof. Kami terpana. Namun tiada sepatah perkataan keluar dari mulut kami berdua. Bapaku menyatakan bakal ibu tiri kami merupakan seorang janda anak satu, sedara sahabat rapatnya. Bapaku membawa kami adik beradik bertemu dengan bakal ibu tiri kami di Negeri Sembilan. Aku berasa agak cemas kerana rata-rata orang berkata ibu tiri adalah seorang yang kejam, selalu mendera anak tirinya apabila suami tiada di rumah, dan pelbagai lagi perkara negatif mengenai ibu tiri pernah aku dengar. Apabila aku bersua muka dengan bakal ibu tiriku, tanggapan pertama aku menyatakan yang dia sama sekali berbeza seperti apa digambarkan orang. Setelah beberapa hari pertemuan, berlangsunglah majlis pernikahan kecil-kecilan yang dihadiri kaum keluarga terdekat sahaja. Bapaku menyuruh kami memanggilnya emak. Pada mulanya amat berat pada aku dan kakakku untuk menyebut perkataan emak pada seseorang yang baru dikenali kerana perkataan emak itu hanya layak digunakan pada insan yang telah mengandungkan kita selama sembilan bulan dan membesarkan kita. Namun aku cuba juga memanggilnya emak kerana keikhlasannya menjaga kami sekeluarga dan mencurah kasih sayang seorang ibu kepada adik-adikku jelas ternyata. Kehidupan kami sekeluarga lengkap kembali dengan kehadiran seorang insan yang aku panggil emak. Anaknya yang lima tahun lebih muda dari aku juga tinggal bersama kami sekeluarga. Namun begitu kasih yang dicurahkan lebih ke anak sendiri. Aku tidak menyalahkannya, begitulah naluri seorang ibu ke atas anak sendiri.


Setelah kira-kira enam tahun perkahwinan, aku melihat ibu tiriku sering tidak sihat sehingga dimasukkan ke wad di salah sebuah hospital swasta di kos rawatannya ditanggung oleh syarikat bapaku bekerja. Doktor mengesahkannya menghidap paru-paru berair tetapi tidak serius. Setelah beberapa hari, keadaannya semakin baik dan doktor membenarkan ibu tiriku dibawa pulang ke rumah. Sewaktu di rumah, sedang aku duduk dengannya di ruang tamu tiba-tiba ibu tiriku berkata, "Haritu orang depan meninggal, lepas tu orang belakang, lepas ni orang kat tengah pula," merujuk kepada dirinya. Hatiku tidak senang mendengarnya berkata demikian dan aku berkata, "kenapa cakap macam tu? Tak elok la mak." Suasana senyap seketika. Selang beberapa hari, kesihatannya bertambah teruk ketika dirumah dan akhirnya keluarga sebelah ibu tiriku memutuskan untuk membawanya pulang dan cuba rawatan tradisional di kampung. Tinggallah kami adik beradik di rumah sendirian seperti ketika arwah ibuku menderita akibat penyakit barah. Bapaku kerap kali berulang-alik dari Negeri Sembilan ke Klang. Aku berdoa sendiri, "Ya Allah, panjangkanlah umur ibu tiriku ini. Sembuhkanlah penyakitnya." Aku tidak sanggup untuk menerima kehilangan seorang lagi insan yang penting dalam hidup aku yang bergelar emak. Kakakku yang ketika itu akan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran kerana bimbang pada ibu tiriku. Aku menelefon ibu tiriku untuk bertanyakan khabar. Ibu tiriku berkata dia semakin sihat. Lega hatiku mendengar kata-katanya. Maka aku pun menjalani kehidupan seperti biasa hilang segala kerisauan yang bersarang di benak fikiranku. Pada 27 November 2001 iaitu setelah tiga hari berlalu, telefon rumahku berdering, aku mengangkat ganggang dan letak di telingaku. Berdebar hatiku mendengar tangisan adik ibu tiriku mengatakan bahawa ibu tiriku telah meninggal dunia. Hancur luluh hati ini kurasa mendapat berita yang paling tidak aku harapkan. Kami sekeluarga bergegas pulang ke Negeri Sembilan. Setibanya kami ke kampung, nenek tiriku terus menerpa ke arah bapaku memeluknya sambil meraung. Perasaan sebak dalam diriku tidak dapat kutahan lagi melihat adegan yang sungguh menyayat hati. Aku lepaskan sahaja air mata ini melihat tubuh ibu tiriku yang berselimut kain batik, kaku. Jelas kelihatan tubuhnya yang susut akibat dari penyakitnya. Berbeza sekali wajah ibu tiriku ketika kali terakhir aku menatap wajahnya sebelum pulang ke kampung. Pagi esoknya upacara pengebumian dijalankan. Selesai talkin dibaca, semua orang beredar meninggalkan kawasan perkuburan. Tinggal kakakku duduk di hadapan pusara ibu tiriku. Sayu hatiku melihat kakakku seperti berat untuk meninggalkan pusara arwah ibu tiriku. Terlalu banyak jasa yang diberikan oleh arwah ibu tiriku kepada kami sekeluarga.





<span> </span>Sekembalinya kami di rumah di saat untuk menenangkan fikiran, kakakku mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di matrikulasi bertempat di Kolej Teknologi Timur, Sepang. Setelah pemergian kakakku ke matrikulasi, aku merasakan berat tanggungjawab yang perlu dijalankan sebagai anak yang paling tua di rumah. Aku berusia 17 tahun ketika ini, belajar di tingkatan lima mengambil jurusan sains tulen dan akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Aku belajar untuk menguruskan diri sendiri, mengurus adik-adik, memasak, membasuh, mengemas rumah, belajar, dan sebagainya. Pendek kata rutin harianku amat padat semenjak kematian ibu tiriku dan pemergian kakakku ke matrikulasi untuk menyambung pelajaran. Di dalam kepadatan rutin harianku, aku bersyukur kepada Allah kerana aku merupakan antara pelajar terbaik SPM di sekolahku dan dapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak jurusan sains hayat setelah kira-kira satu bulan keputusan SPM dikeluarkan. Sementara menunggu hari pendaftaran, aku bekerja di pasaraya Mydin untuk membantu bapaku menyara keluarga. Bapaku ketika ini sudah tidak bekerja semenjak kira-kira dua tahun lepas kerana kilangnya telah ditutup. Bapaku diberi pampasan sepanjang tempoh perkhidmatannya dalam syarikat. Kira-kira Ringgit Malaysia seratus ribu lebih diberikan kepada bapaku. Walaupun begitu, duit digunakan seperti air deras yang mengalir ditambah pula dengan ditipu oleh kontraktor yang mengubahsuai rumah kami, dan sebagainya.





<span> </span>Bulan 6 tahun 2003 keluargaku menghantar aku mendaftar di Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak. Bermulalah satu lagi episod dalam hidup aku di mana aku perlu menguruskan hidup sendiri tanpa kehadiran keluarga di sisi. Pembelajaranku berjalan lancar sepanjang waktu aku di sini. Cuma pada awalnya agak susah bagi aku untuk menyesuaikan diri dengan cara pembelajaran di sini, tambahan pula aku sekelas dengan pelajar-pelajar dari sekolah bestari seperti Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, MRSM, dan KISAS. Aku seorang sahaja yang datang dari sekolah harian biasa. Namun, aku berjaya menyesuaikan diri dengan cara pembelajaran mereka. Setelah 6 bulan berada di sini, aku lihat ramai kaum keluarga yang datang menjenguk anak-anak mereka, bersalam, dan berpelukan sesame keluarga. Alangkah bahagianya sekiranya aku dilayan sedemikian. Terdetik rasa cemburu melihat kebahagian keluarga rakan-rakanku. Memandangkan keluargaku tinggal di Selangor dan bapaku tidak mempunyai kerja tetap telah membataskan keluargaku untuk berjumpa denganku.  Sepanjang pembelajaranku di sini hanya sekali bapaku menjejakkan kaki di sini iaitu sewaktu menghantar aku dan setelah tamat pengajian aku diambil oleh jiran rumahku. Namun, aku tidak kisah, aku redha. Aku faham keadaan keluargaku dan tidak menyalahkan bapaku. Sewaktu aku berada di semester dua, bapaku menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi dengan alasan ada orang akan menjaganya apabila dia jatuh sakit. Aku terdiam. Aku berkata sendiri, bapaku telah menduda selama kira-kira dua tahun. Aku sangka keinginannya untuk berkahwin sudah terkubur. Hati aku juga telah tertutup untuk menerima orang baru dalam keluarga kami tambahan lagi orang itu yang akan kupanggil emak. Tidak sanggup untuk aku menyatakan bahawa aku tidak setuju dengan perkahwinannya kali ini. Aku Cuma berkata, “Terpulanglah abah, kalau abah rasa itu yang terbaik abah teruskanlah”. Berlangsunglah pernikahan bapaku dengan ibu tiriku yang kedua di Thailand tanpa kehadiran kami adik beradik dan saudara terdekat. Ini kerana bapaku berkahwin dengan warga asing yang menggunakan visa pembantu rumah sebagai alasan untuk tinggal di Malaysia.





<span> </span>Setelah beberapa hari mereka pulang ke rumah. Aku juga pulang dari perak untuk melihat ibu tiriku yang kedua. Beberapa bulan setelah perkahwinan mereka, kami sekeluarga sering bertengkar kerana tidak bersefahaman. Ibu tiriku ini sering membuat perkara kecil menjadi besar. Tidak pernah sekali pun dia mengakui kesilapannya walaupun ia jelas ternyata. Kulihat dia tidak menghormati bapaku sebagai suaminya. Sering meninggi suara apabila bercakap dengan bapaku, sering bangga diri, mengatakan dirinya pandai, sering berkata keburukan orang lain, berkata bapaku bodoh, dan sebagainya. Kami semua sering dicemuh, dicaci, dimaki, dan dimarah kerana tidak mengikut kata-katanya. Padanya, hanya dia sahaja yang betul dan semua orang salah. Pakcik dan makcikku yang pernah bertemu dengannya akan bertanya pada aku dan kakakku kenapa bapaku memilih calon isteri sedemikian? Dan tidak seorang pun sedara kami yang menyenanginya. Semua berpesan kepada kami agar bersabar dengan apa yang dilakukannya, fikirlah mengenai bapaku. Namun kesabaran ada batasnya. Aku dan kakakku jarang pulang ke rumah kerana merasakan seperti bukan berada di rumah sendiri sekiranya ibu tiriku ada. Kami hanya pulang untuk melihat keadaan adik-adik dan bapa kami sahaja. Bapaku pesan pada kami adik beradik untuk menyimpan segala barang-barang peribadi kerana takut ibu tiriku akan membuat perkara tidak baik pada kami. Bapaku pernah berkata bahawa dia menyesal dengan keputusan yang dilakukan iaitu berkahwin dengan warga asing kerana mendengar kata kawannya yang aku rasa ada sesuatu yang tidak kena. Aku dan kakakku sering berkata pada bapaku, “abah, kalau abah rasa menyesal perkahwinan ini kenapa tidak bercerai sahaja?”.  Aku tahu tidak elok meruntuhkan rumah tangga, Allah marah, makruh. Namun terdapat hukum bila waktunya perceraian itu menjadi wajib. Sering kali kami memberitahu perkara ini pada bapaku. Tetapi aku tidak tahu apa yang membelengu dan membantutkan bapaku daripada berbuat demikian. Aku pasrah. Beginilah kehidupan yang terpaksa aku lalui dengan hati yang amat berat. Pernah suatu ketika sewaktu hari raya pertama dimana umat islam bermaaf-maafan, kami sekeluarga berperang besar. Semuanya gara-gara ibu tiriku yang tidak mahu menyambut tangan kakakku untuk bersalam meminta maaf dan mengatakan yang dia tidak akan memaafkan kami semua sambil dia mencemuh dan mencaci ibu tiriku yang kedua. Masih jelas di fikiranku apa yang dikatanya, “ahh, pergilah minta ampun dengan mak kau dalam tanah tu”, sambil dia ketawa jahat. Ya Allah begitu hebatnya ujian yang Kau beri. Panasnya telinga ini mendengar cemuhan demi cemuhan, makian dan cacian dilemparkan pada kami semua. Keluar semua apa yang aku simpan selama ini di hati gara-gara untuk menjaga hati bapaku. Kali ini sudah lebih, aku tidak mampu untuk simpan lagi, maka berperanglah aku dan kakakku dengan ibu tiriku ini yang aku lebih senang memanggilnya ‘perempuan tu’.





<span> </span>Setahun sudah aku belajar di Kolej Matrikulasi Gopeng Perak, aku pulang ke rumah dan menunggu panggilan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti. Berat hatiku untuk pulang ke rumah terpaksa bersemuka dengan ibu tiriku di rumah yang seakan bukan rumahku lagi kerana ‘perempuan tu’ sudah berani membawa entah siapa datang ke rumah, dan bapaku menjadi ‘driver’nya. Biarlah, malas aku hendak fikir. Aku lebih bahagia tinggal di asrama berbanding di rumah. Kira-kira dua bulan kemudian aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di Universti Putra Malaysia (UPM) program Bacelor Sains Hortikultur dan mendapat bantuan penuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Walaupun pembelajaranku dibiayai oleh PTPTN, sebahagian daripada wang kuterima aku gunakan untuk membeli barang dapur bagi membantu meringankan beban bapaku di rumah mempunyai pendapatan yang tidak tetap. Ibu tiriku bekerja di restoran tetapi jarang sekali dia ingin membantu meringankan beban bapaku. Kalau dia bantu, pasti akan diungkit kembali. Jelas menunjukkan dia tidak ikhlas. Berkahwin dengan bapaku semata-mata hendak mendapatkan taraf warganegara Malaysia. Setiap kali cuti semester, aku pasti bekerja sambilan di pasaraya Tesco berdekatan dengan rumahku untuk menambahkan perbelanjaan aku apabila semester baru bermula juga membantu bapaku membeli keperluan rumah. Pernah sekali sewaktu ‘perempuan tu’ mahu pulang ke kampung halamannya, dia meminta bapaku wang, tetapi bapaku sendiri tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli tiket kapal terbang. Maka dia menyuruh bapaku meminjam wang daripada aku dan kakakku. Tak tahu malu, kami ini yang sering dicaci dan dimaki kenapa nak minta wang dari kami? Sudah ludah, jilat kembali, lembut gigi dari lidah. Sering dia berkata bahawa dia seorang yang kaya, mempunyai sedara yang kaya raya, pengaruh kuat, dan sebagainya. Aku dan kakakku berkata, kenapa tak pinjam daripada sedara dia yang kaya raya itu? Semua itu tipu belaka! Oleh kerana aku sering bekerja, tambahan lagi aku mendapat wang dari PTPTN, bapaku meminta dari aku sebanyak RM300. Aku bertanya pada bapaku untuk apa duit tersebut walaupun aku tahu siapa yang meminta. Bapaku berkata untuk kegunaan dia sendiri. Aku berikan juga. Kemudian bapaku menghantar sms pada aku mengatakan “you work so hard to support your study, but i simply ask your money for my own sake”.. aku membalas, “dad, it’s ok. That is the least i can do to repay you since you’ve raised me hardly from baby til now. I don’t mind dad, no need to pay the money back”. Dan bapaku membalas, “you are my son, i don’t know what i will be without you”. Setiap kali cuti semester, ‘coursemate’ aku selalu juga bertanya “kenapa kau tak balik rumah dir? Padahal rumah dekat”. Mana tidaknya Klang dengan Serdang bukan jauh mana. Tapi aku selalu menjawab, “malaslah, rumah dekat ape kisah?” sambil aku tertawa. Kebanyakan ‘coursemate’ aku tidak tahu sejarah hidup aku dan bagaimana kehidupan aku waktu itu. Hanya teman-teman rapat sahaja yang tahu. Tinggallah aku sendirian di asrama Kolej 14 UPM setiap kali cuti pertengahan dan cuti semester. Aku pulang juga ke rumah tetapi sewaktu cuti hendak tamat kerana kakakku yang juga berlajar di UPM ketika itu sering berpesan pada aku agar pulang ke rumah tengok abah dan adik-adik, jangan biar ‘perempuan tu’ bermaharajalela di rumah kita. Aku menurut. Betul juga kata kakakku.





<span> </span>Begitulah kehidupan aku sehingga aku tamat pengajian di UPM pada bulan April tahun 2008. Pada ketika ini bapaku sudah tidak berapa kuat dan sihat. Sering kali keluar masuk hospital. Doktor mengesahkan bahawa buah pinggang bapaku telah mengalami kerosakan tahap tiga daripada lima. Doktor menasihati bapaku untuk kurangkan minum air. Jika tidak air berlebihan dalam badan akan terkumpul di kaki dan menyebabkannya bengkak. Pada bulan Mac 2008 bapaku mencapai umur 55 tahun. Ibu tiriku menyuruh bapaku mengeluarkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan alasan dia mahu pulang ke kampung halamannya. Bapaku menurut, malas bertengkar. Pulanglah Ibu tiriku ke negaranya dengan membawa sejumlah wang yang banyak. Aku tidak tahu berapa jumlah wang yang dimintanya. Aku juga malas bertanya dan mengambil tahu pasal ibu tiriku. Pada waktu ini aku merasakan fikiranku sangat lapang dan tenang tanpa kehadiran ibu tiriku di rumah. Aku ditawarkan kerja sebagai ‘Plantation Executive’ di Negeri Sembilan. Aku minta tangguh untuk lapor diri kerana keadaan kesihatan bapaku yang tidak mengizinkan kerana pada waktu ini bapaku ditahan wad dan tiada siapa menjaganya. Kakakku bekerja sebagai ‘Software Engineer’ setelah tamat pengajian di UPM pada tahun 2007 dalam program Bacelor Sains Komputer. Dialah satu-satunya sumber kewangan keluarga kami pada ketika ini. Adik-adikku pula masing-masing belajar di tingkatan 3 dan tingkatan 4. Aku sahaja yang tiada apa-apa komitmen, maka aku membuat keputusan untuk menjaga bapaku di hospital. Penyakit bapaku semakin lama semakin serius. Setelah doktor membuat x-ray untuk melihat jantung bapaku, doktor berkata bahawa tiga salur utama di jantung bapaku telah tersumbat akibat daripada kolestrol berlebihan dalam badan. Doktor mengesyorkan dua cara untuk merawat peyakit yang dihidap bapaku tetapi dengan keadaan bapaku yang lemah ditambah pula dengan kegagalan fungsi buah pinggang yang telah mencapai tahap tiga rawatan tersebut tidak boleh  dilakukan kerana berisiko tinggi. Maka bapaku hanya bergantung kepada ubat sahaja untuk menyambung nyawa. Bapaku dibenarkan pulang apabila keadaannya semakin stabil. Aku memutuskan untuk menolak tawaran kerja demi menjaga bapaku. Kami adik beradik berganti-ganti menjaga bapaku. kakakku tidak mampu untuk menanggung perbelanjan perubatan bapaku maka aku bekerja di Seven Eleven sebagai Management Trainee untuk membantu kakakku. Oleh kerana komitmen kerja yang agak banyak, aku hanya bekerja sebulan sahaja dan aku mengambil keputusan untuk berhenti dan menjaga bapaku. Kemudian aku bekerja secara part-time promoter di Music Valley di Jusco yang berdekatan dengan rumahku di sebelah malam untuk membantu kakakku menanggung perbelanjaan rumah dan ubat-ubatan bapaku. Aku menjaga bapaku di siang hari manakala kakakku menjaga di malam hari. Keadaan bapaku semakin teruk apabila dia tidak mampu lagi berdiri dan menguruskan diri sendiri. Sebagai anak lelaki yang tua, kencing beraknya aku yang uruskan.  Suatu hari bapaku mengadu sukar bernafas, aku dan kakakku bergegas membawanya ke hospital serdang untuk mendapatkan rawatan. Setelah diberi suntikan dan dimasukkan air keadaan bapaku kembali stabil. Begitulah rutin kehidupan bapaku sering kali keluar masuk hospital. Kami adik beradik bergilir berjaga di wad sehingga kami kenal dengan semua staff di wad jantung hospital Serdang. Pernah sekali sewaktu giliran aku menemani bapaku di wad, aku tertidur di kerusi sebelah katilnya. Apabila aku tersedar, aku dapati terdapat selimut menyeliputi tubuh aku. aku terasa sebak dan terharu, dalam kesakitan bapaku sempat menyelimutkan aku. Gugur titisan air mataku melihat bapaku ketika itu. Sehinggalah pada 5 Disember 2008 hari jumaat, aku bekerja seperti biasa di malam hari. Tiba-tiba aku mendapat panggilan daripada adik perempuanku  mengatakan bapaku sedang tenat. Hatiku berdebar dan aku meminta kebenaran supervisor untuk pulang awal. Dalam perjalanan ke hospital aku singgah rumah dan mengambil adik lelakiku. Setibanya aku di hospital sekali lagi aku terima panggilan daripada adik perempuanku dan aku mendengar suara tangisan adik perempuanku sambil mengatakan yang bapaku sudah tiada lagi. Lemah lututku mendengar berita ini. Aku sangat terkilan kerana tidak berada di sisinya ketika bapaku menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sebelum hayatnya berakhir, hidupnya banyak dihabiskan bersama aku berada di sisinya menemani dan menjaganya.  Namun aku beruntung kerana aku berpeluang menjaganya seperti mana bapaku menjaga aku semasa aku masih kecil walaupun bapaku tidak berpeluang merasa duit aku hasil pekerjaan yang setaraf dengan pendidikan yang aku terima di Universiti. Bapaku pernah meminta semasa hayatnya supaya kebumikan jasadnya di kawasan perkuburan ibuku. Aku tunaikan permintaan terakhirnya dibantu oleh saudara mara sebelah bapaku di Muar.





<span> </span>Tidak lama setelah bapaku pergi meninggalkan kami buat selamanya, aku mendapat tawaran bekerja dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Aku amat bersyukur pada Allah SWT. Ramai sahabatku berkata itu adalah rahmat yang aku terima sepanjang pengorbanan aku menjaga arwah bapaku. My journey continue.."

Tak sabar-sabar aku nak bace kisah selanjutnya
Di balik keceriaannya wajahnya terpendam sejuta kisah duka, sedih, pedih dan kadang kala gembira
Aku beruntung di temukan dengan insan ini
Walau pon kecewa sedikit sebab tahu cerita nie melalui facebook
bukan dari mulutnya sendiri

Pesanan Mr. Kidz Omar " ape yang nak saya sampaikan kat sini hargai ibu bapa kita dan berbakti pada mereka selagi masih berpeluang..ape yang berlaku dalam hidup saya dulu membentuk diri saya kini.."

Saturday, January 22, 2011

Sabar Aje Aku Hari Nie,..

Tadi nak dekat pukol 9malam aku baru nak keluar
Buat assignment dengan kawan-kawan kolej aku
Tapi aku terlupa nak print side yang kawan aku bagi
Solat Isyak pon belom lagi nie
Aduh!! cam mane nak buat eh?
Nampaknye kena la aku print
Sebab aku dah janji dengan dorang semua nak print malam nie
Aku susun side kat dalam word then aku print
Ad 9 side aku kena print but aku just print 8 side
haha terlupa lagi satu
Siap print aku solat isyak dulu
Tanggungjawab kepada Allah kite kena tunaikan dahulu
WAJIB!!!
Siap semua, aku keluar kunci rumah sebab sorang pon tak ada
haha
Housemate aku Epi dengan Amir pergi kolej siapkan assignment
Aku dengan Al-hadi baru nak gerak
Farid balik rumah kat Negeri Sembilan
Ejan ada hal katenye, tak dapat datang kolej buat keje same-same
Ayie pergi Kajang, tak tahu buat ape??
Bujang an,..haha mane lekat kat rumah
Aku keluar rumah pukol 9.15 then pergi flet belakang kolej jap
Fotostat map view KPMB yang ambil dari senior
Aku ubah-ubah sikit sebab ada perubahan
Aku fotostat pakai paper A4 dengan A3
Hari nie aku dengan group aku nak siapkan assignment
haii~,..Mesti korang borink an  korang bace asyik-asyik assignment je
Tapi memang kenyataan kami banyak kerja 
hahaha
Kami kena siapkan INTRODUCTION dengan CONTEXTUAL plan
2 board la kami kena buat
Tak cukup tido la jawapannya
Confirm!!
Aku sampai kolej pukol 9.45malam
masok-masok je guard yang paling aku tak suka jage plak malam nie
haisshhh!! tegas sangat guard tu
Tak sedar usia dah lanjut
Baik dudok rumah main dengan cucu jer
Aku sampai tengok Fitrah, Azie, Hadi dengan Zack dah sampai
Heran pon ada,..hhahaha
Hadi dengan zack sampai sebelom dari aku
Mybe aku masok lambat
Fitrah dengan Wahida tengah berbincang pasal info yang kena masok kat dalam plan
Pening gak nak cari
Kami ada 3 group, tiga2 kena dapat info yang sama
Itu ok lagi
Suruh plak cari history entrance KPMB
Mane la kami tahu
huh!
Tapi kami as a study redha je
haaaa gituh ( sleng ustaz Wan Mokhtar),..hahaha
Kami pon start la keje
Malam nie kami dapat buat info je
Mula-mula pakai paper A2 tapi tak muat
Kena la beli kat senior A1 paper
eh!! A1 or A0?? aku lupa la
Harga RM1 sekeping
Kena buat boeder lagi
Banyaknye duit kena keluar
Masing-masing dapat kerja 
haha,..Senang sikit kerja aku
Tengah-tengah aku buat tetiba datang lecture sound kiteorang
Memang sakit hati aku cakap korang!!!
Bukan nak cakap elok-elok
Kesion kat budak perempuan
Nasib baik la lect tu mama aku
huh~ ~
Memang terok kami kena sound
Pasal budak perempuan tak boleh duduk kat cafe lewat-lewat malu
malu la sikit katenye
Tapi kami bukan buat ape-ape
buat assignment gak
Terpakse la aku balik dengan kepala yang tension
Kerja tak siap
Kena maki
Arghhh!!!
tp memang salah kami,
kami mengaku


Friday, January 21, 2011

Cuti-cuti thaipusam

Ayen, Ayie, Aku & Farid
Cuti thaipusam yang lepas
aku dengan membe-membe rumah sewa aku pergi la bercuti
memang best!!
last-last plan punye tapi menjadi
kami nak mandi sungai kat Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Kami gerak pukol 11pagi, 2ohb Januari 2011
haha
aku bagi lengkap dengan tarikh bagi sesape yang tak tahu
bile hari thaipusam
8orang je
2 buah motor dengan sebuah kereta VIVA
aku naek motor
kami tak sewa, Viva tu membe kami dari Rawang yang punya
Membe-membe satu rumah dengan aku
Dia asal dari Ipoh, satu tempat dengan aku
tapi kerja kat Rawang
hujung minggu dia selalu datang sini
ajak keluar jalan-jalan, lepak-lepak
----------------
kami lalu ikot highway lama
perjalanan selama hampir sejam jgk la
Sepanjang perjalanan aku kagum dengan panorama Negeri Sembilan
Hutan tak terusik langsung
Kiri kanan highway penuh dengan hutan
sejuk je sepanjang perjalanan kami walaupun dah tengah hari
Highway baru dengan highway lame sebelah-sebelah je tp dekorasi or style jalan die memang menarik
Highway baru ikut atas bukit bertingkat-tingkat
(bukit yang diratakan membentuk lereng, tak ada pokok just ad rumput)
highway lame kat bawah
terserlah panorama sekeliling yang penuh kehijauan
Natural feel same like i'm at a jungle
------------------------------------
sampai je kat sane kami makan dulu
perot pon dah lapar
Zulhimi a.k.a Mat dengan aku
tak makan sarapan pagi lagi nieh
nasi ayam dengan milo ais RM6 je
dah makan kami daki bukit dulu
cari port baek punye
10 minit gak kami jalan naek ke atas
memang puas la kalo sape datang ke Ulu Bendul nie
kami pon mandi manda 
best!!!
sempat posing-posing ambil foto
tapi tak boleh upload semua
banyak sangat
hahaha
selepas 2-3jam kami turun ke bawah
nak mandi kat kolam pulak
hahahaha
Otw nak turun terserempak plak dengan senior-senior course aku
Dari semester 3 hingga semester 5 semua ada
macam buat lawatan Kelab AgroBusiness
ramai gler!!!
kami dah siap mandi kat atas mereka baru nak naek


Ejan & Ayie



















----------------------------------------------------------------------
Player 3 Farizan a.k.a Samad (nama dalam game)
selepas habis mandi je kami berpecah 2 group
geng-geng naek motor nak pergi jalan-jalan jap
geng-geng naek kereta nak terus balik
aku ngn membe aku pegi Seremban
otw perjalanan nak balik
memang cantik jugak la Seremban nie
Aku pegi Dataran Seremban
jalan-jalan pusing satu Seremban
then pegi Seremban Parade
pe lagi!!!! maen bowling la
haha
dah sangap maen bowling nie
kami maen 4 orang 2game


harga
sorang RM4.20 x 2game = RM8.40
RM8.40 x 4 orang = RM33.60
sewa kasut RM1.50 x 4 orang = RM6
aku beli stokin RM2
total = RM41.60



Player 4 Bukhari a.k.a Ayie (nama dalam game)
dorang sume xbeli sebab pakai seluar panjang
aku pakai seluar pendek aje
terpakse beli la
Law tempat die macam tu
tapi kami terkejut
cashier cakap RM56
asal plak RM56, kami dah kira
rupa-rupanya kat signboard belakang tu ayat LAASSSTTT!!! sekali die tulis
"PUBLIC HOLIDAY RM6 PER GAME FOR ADULT"
harga laen semua sama
sangap maen bowling punye pasal kami bayar je

Player 2 farid a.k.a ayiet (nama dalam game)
seronok gak maen dengan dorang
first game aku mendahului time tengah-tengah game
tetapi berjaya di potong oleh ayie & ejan
first game aku tempat ke-3
terok tol aku nie
hahaha
second game aku mendahului lagi tp dpt tempat last gak
kecewa tp game kami sengit
beza just beberapa mata jerrr
habis game kami teros blik
dah pukol 6petang
sampai beranang singgah beli makanan kat pasar malam jap
aku beli nasi ayam dengan kuih muih je 
habis duit dalam RM5.40
terciptanya sejarah masok dalam guinness personal book of record
sepanjang aku membeli belah kat pasar tu 
aku habiskan duit paling sikit 
Player 1 Me a.k.a Abeid,..^_^
(tak termasuk bazaar ramadhan, kat bazaar ramadhan aku abs RM5 je sbb hari-hari aku beli lauk yang sama je,..hehe)
pasar malam ari wat promotion perfume
RM5-15 je sebotol
aku tak beli sbb duit dah habis
membe aku borong beli perfume dunhill
balik pas solat maghrib aku teros tido
hahaha,..penat


---------------------------------------------------------


tok si dia, saye OK la
jangan la sedih
Fb saye deactive tok sementare je sebab dh tak lalu nak bukak
kalau saye tak deactive saye akan bukak hari-hari
memang berbeza
then kalau deactive takde orang boleh post kat wall saye
saye pon tak serabot sangat nak bace banyak-banyak

& thanks make a change in this blog
saye suka sangat-sangat
adek kecik comel maen dengan kami
cantik!!!

-------------------------------------------------------------

p/s: nie ada lagi foto aku nak upload, enjoy ye tengok foto nie =)
Ayiet & Ayie
Taman Ular, Kuala Pilah Negeri Sembilan


Foto sebelom balik