Tuesday, January 22, 2013

Hartini Nursery

Salam guyz
Hehe Lame benor tak bukak blognye pon.
Den tengah praktikal kat sebuah nursery selama 3 bulan. hahaha
Cakap pon dah ada sikit-sikit loghat Negeri Sembilan.
Maknenye Nursery tu kat situ lah.
Hartini Nursery, Jalan Pantai tempat den praktikal.
Kalau nak ke Nursery nie senang aje, cari jalan nak ke Jelebu, jumpo lah nanti.
Terletak betol-betol bersebelahan Giat Mara, Seremban dan Empangan Terip.
Kalau jalan kaki 5 minit je nak ke empangan tu.
Before sampai kat nursery tu korang akan lalu kilang koko.
Pergh ! setiap kali lalu depan kilang tu korang akan terbau koko~ sedap.
Then akan jumpe Jabatan Veterinar dan juga SAINS (Syarikat Air Negeri Sembilan)
Nursery tu tepi jalan je nak ke pekan Pantai.

Aku start praktikal 26hb November 2012, so sekarang dah 2 bulan lah kirenye aku disane.
Tempat tinggal disediakan.
Aku dengan membe aku 2 orang praktikal sekali.
Budak Sungai Buloh dengan Kelantan.
So, sehari sebelum iaitu 25hb tu kiteorang gerak la ke sane.

Akasia.
Tula name rumah bos aku.
Kiteorang duduk dekat dengan rumah bos, bos bagi rumah sebijik tapi kecik sikit la.
Sebab bilik yang patut kami duduk dijadikan homestay.
Complete ! ade tv, katil, almari, dapur, peti ais, mesin basuh etc..
Rumah bos diatas dan rumah kami dibawah but still sepagar lagi la, kawasannye berbukit sikit.
Bahagian belakang jumpe ladang getah dulu baru jumpe Empangan Terip.
Sebelah kanan ade rumah, sebelah kiri ade kolam ternakan ikan, orang lain punye lah.
Antara rumah bos dengan kami dipisahkan dengan 5 buah kolam ikan.
Haa, yang tu bos punye.
Sume kolam ternak talapia merah dengan hitam sahaja kecuali sebuah kolam paling atas.
Kolam tu tak boleh mancing.
Hanya sebagai hiasan sahaja, ade ikan talapia, koi dengan haruan rasenye.. ke kelisa ek ???
Saiz die kalau tengok memang terkejut, aku tak pernah tengok saiz besar cam tu.
Kolam lain saiz ikan biasa-biasa je macam kat pasar.
Nak tengok tak macam mane kawasannye ?


Yang atas sekali bumbung minang tu la rumah bos.
Tabik dengan bos, mengekalkan ciri-ciri tradisional.
Pic diambil dari rumah yang disediakan untuk aku dengan kawan-kawan aku lah, dipisahkan dengan 5 buah kolam.
Mula-mula mancing memang sedap ah, letak je umpan terus dapat.
But lame-lame muak dah mancing hahaha

Rumah minang kecil kat tengah-tengah kolam tu pondok.
Ade satu court badminton kat depan rumah, reban angsa (3ekor) dengan sebuah kandang kuda kat belakang.
Ade 3 ekor kuda; Speedy (jantan), Fina (betina) and Maymay (daughter) haha.
Masa datang situ memang diluar jangkaan.
Ingatkan rumah biasa-biasa je tapi hamek kau besar !
Bak kate abang Eko, salah seorang pekerja kat situ, dia orang Indonesia berhijrah sebab cari rezeki.
Dah 4 tahun keje dengan bos.
Dia cakap kawasan rumah bos nie boleh muat 30 rumah kat Indonesia. Haha
Gelak terok !
Turut dilengkapi pustaka mini, bilik jamming and bilik tetamu.

26hb November 2012
Hari first aku praktikal kat Hartini Nursery.
Lebih kurang 100m dari rumah bos.
Nama Hartini tu hasil gabungan nama parent bos
Hashim + Kartini = Hartini.
Bos aku perempuan, name die Puan Haslinda Hashim a.k.a Kak Linda
Selalu panggil kakak aje. 
Terlampau baik, mesra dan pemurah orangnye.
Bekas Pengurus CIMB Bank kat Kuala Lumpur.
Lepas berhenti kerja baru kakak bukak nursery nie.

Suami kakak namenye En. Ariff Ibrahim.
Kami panggil abang Ariff je.
Pun same macam kakak; baik, mesra and pemurah.
First kenal takut gak la hahaha
Muka macam garang but lame-lame dah kenal penyayang orangnya.
Kerja dengan Media Prima (TV3) sebagai CFO (Chief Financial Officer)
Jauh kan ulang-alik dari Seremban ke tempat keje die.
Kalau aku tak sanggup haha dengan traffic jam lagi.
Walaupun ade driver still penat an. huh~~
Suka berlawak and bergurau =)
Abang Ariff jugak la yang slalu train aku main badminton.
Abang Ariff kalau partner dengan kakak memang kami kalah.
Dua-dua hebat ! but seronok main dengan dorang.

Pagi tu kakak bagi sedikit penerangan pasal nursery tu dan keje ape yang akan kami lakukan.
Pagi kami akan ke bengkel belakang untuk belajar simenfero dengan Pakcik Mail.
Jom tengok pic.. please ! haha


Tempat aku belajar simenfero dengan 2 orang kawan aku.
Kiri; Ejan dok Sg. Buloh, Selangor. Kanan; Eppy dok Kubang Kerian, Kelantan.





Rajin tak? haha mula-mula je rajin tangkap gambar. 
Pastu malas dah plus tade mase nak ambil gambar.
Komitmen nak siapkan kerja ikut jadual.
Cewah ! haha tapi betul la... tade mase 

More pic..



 
Abang Saputra



Sewaktu menyambut birthday abang Mansur. Pakai spek ialah wan (panggilan opah bagi orang Negeri Sembilan; mak bos) and tengah-tengah Kak Linda; My Boss







Berbincang dengan En. Mail. Jurulatih simenfero.

Ziman; anak kedua Abang Mansur =D

Bancuh tanah haha



More pic kemudian ea =D








Choir

Hey
Aku suke upload bukan3 an haha
Mane aku rase best aku upload jela.
Bukan ade limit pon an
Video yang aku nak upload lagi nie adalah berkenaan dengan koir.
Belek3 kat U-tube dapat la sebuah koir.
Contest - Last Choir Standing
Group nie namenye ONLY MEN ALOUD!
Ade beberapa lagu lain dorang buat koir tapi yang nie bagi aku paling best
Tajuknye "ANGLES"
Jom~

video
Only Men Aloud ! - Angels

Then ternampak satu video.
Yang membuatkan aku terasa nak tengok sebab choir and name lebih kurang same.
Kalau yang atas Men, group kali nie boys plak.
ONLY BOYS ALOUD ! name group tu
Contest - Britain Got Talent 2012
Jom tengok~

video

 Only Boys Aloud !

Alexander Rybak

Hye guyz.. 
Sementara nak menyiapkan entry pasal Hartini Nursery.
Aku kuarkan entry pasal Alexander Rybak.
Sebab dah lame tak post an haha
Aku tak tahu langsung pape pasal die.
Just terjumpe dalam U-tube.
Macam biasa la, terpegun bile orang main alat muzik macam guitar karen, biola, piano etc
Tapi haram aku tak reti main satu alat tu pon haha
Lagu die boleh tahan la. 
Layan jerr.....


video
(Europe's Skies)

video
(Roll With The Wind)