Tuesday, September 6, 2016

Mahasiswa Prihatin

Kelab Mahasiswa Prihatin.
Sebuah kelab yang ditubuhkan oleh pelajar.
Atas kesedaran yang tinggi tentang kerja-kerja amal.
Kelab yang tak ramai kenali.
Walaupun dikalangan pelajar.
Aku pun tak tahu kelab ni wujud.
Satu hari tu kawan aku, Faiz; ajak tolong kemas bilik yang bersepah.
Aku pun okay je. 
Kebetulan hari itu hari jadi Haikal.
Dorang meraikan birthday Haikal dengan memasang 10 batang lilin besar.
Kah3 aku gelak je. 
Sebab pertama kali aku tengok orang buat birthday celebration macam tu.




Aku ingat aku dah tak akan datang tempat tu lagi.
Yela, takde kaitan pun dengan aku.
Aku pun time mula masuk Ijazah dah set yang aku taknak aktif mana-mana kelab atau event.
Yang membuatkan aku terus datang bilamana faiz ajak aku tolong kemas sekali lagi bilik tu.
Muka suka kemas bilik ke hape aku ni ??
Aku yang takde pape nak buat pun setuju.
Sampai bilik tu, sambil-sambil kemas bilik..
(aku tak kenal mulanya; pioneer members of the club)
Dorang berbincang tentang Havoc 2.0 
Event semacam open day
Dan juga event terbaru dengan DBKL iaitu DBKL Painting.
Aku berminat nak turut serta event dorang dengan DBKL ni tak silap aku sebab ada kaitan dengan urban farming.
Which is something yang aku minat and main course waktu aku diploma.
Sembang-sembang punya sembang aku pun dengan rela hati tolong dorang setup booth and barang-barang tok event. 
Dengan rela hati aku sertai DBKL Painting tu kat Pusat Gelandangan Medan Tuanku
(Nanti aku cerita lebih pasal pusat gelandangan tu)
Kerja tak susah pun.
Menceriakan kawasan dengan mengecat HAHAHAHA
Ape aku sembang ni.

DBKL Painting & Urban Farming @ Pusat Gelandangan Medan Tuanku, Kuala Lumpur
15 November 2015









Penat tapi puas.
Yang jaga Pusat Gelandangan Medan Tuanku ni adalah Pertiwi Soup Kitchen
NGO yang selalu bagi makan, pakaian dan rawatan kepada orang yang kurang bernasib baik di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur.
Pengurusan dia terbaik. 
Korang boleh sertai aktiviti NGO ni.
Detail click link ni


Havoc 2.0 Universiti Kuala Lumpur Business School
21 November 2015












Fuh penat memang tak payah cakap lah.
Tapi it was fun !
Perasaan tu cam mane eh nak cakap ? hmm
Tak terkata dan tak tergambar

Again, entah macam mana ada perbincangan lain
On how to raise fund for our activities
Dorang decided buat jualan amal
4 hari and.... teka !
Yeah HAHAHAHAHA cam mana entah aku boleh volunteer tolong lagi.
Pagi-pagi datang awal buat sandwich.
Open table, setting material.
Kerja yang sangat leceh. 

Jualan Amal
24 - 27 November 2015




Sedar tak sedar... makin dekat plak aku dengan kelab ni.
3 - 4 aktiviti settled 
Tinggal last event for 2015 which is 
"Roud Tour UniKL with Asrama Kasih, Yayasan Basmi Kemiskinan Serendah"
Program 4 hari 3 malam.
Aku akan cerita dalam entry yang lain
Karang berjela plak posting aku yang ni.

Why am I interested in this club ?
Ha we goes back to the club history

Kelab ni tertubuh hasil usaha senior selepas habis kelas Corporate Social Responsibility (CSR)
Subjek yang mana kita dilatih untuk mengendalikan kerja-kerja amal.
Aku tertarik bila dengar cerita macam mana usaha mereka nak tubuhkan kelab ni.
Turun naik pejabat president UniKL.
UniKL ni ade 12 kampus diseluruh semenanjung Malaysia.
Dari Johor ke Perlis.
Kampus aku Business School.
Bayangkan.. President kenal club members personally.
How come ??
Dorang ambil sign setiap pensyarah.
Daripada history tu, ape yang dorang perjuangkan sangat menarik perhatian aku.
The fighting spirit.
Kebetulan first semester pun aku ambil subjek tu 
So aku rasa apa dorang rasa HAHAHA
Kelab ni pun lain daripada lain. 
Nyemedang kena panggil dengan pengurusan
Jiwa muda kan suka memberontak... That is one of the reason kot.
Tak salah apa pun kene panggil.
Sedar, kelab ni kelab tiri 
Bukan kelab kesayangan pengurusan. 
Lagi membara semangat aku dapat fight ni.

End of 2015, after the last event bersama Asrama Kasih.
They meet again and seat down together.
Hasil perjumpaan pada hari itu merupakan hari permulaan aku bersama kelab.
Aku terkejut. Sangat - sangat !!
Aku bukan ahli, masuk aktiviti pun suka-suka.
Dorang pilih aku sebagai Club Vice President.
Batch aku adalah batch ke 3. 
Menung... Akhirnya aku terima dengan semangat aku akan naikkan kelab ni.
Adakah aku berjaya ?? aku pun tak tahu lah
Sekarang aku hampir setahun berada dalam kelab. 
Batch paling lama memegang jawatan.
Banyak aktiviti dirancang.. nak tengok ??
Click link dibawah


Banyak masalah timbul tapi itu bukan penghalang.
Ramai yang support 
Kami cukup bertuah dapat penasihat yang banyak memberi tunjuk ajar.
Nanti aku ceritakan satu-satu aktiviti kelab sepanjang 2016.
Kelab paling banyak aktiviti HEHEHE kau hado ??

" Helping Others Changing Lives "
If you can help... Why not 








Monday, September 5, 2016

Kami rindu ayah

Sedar tak sedar sudah tahun kedua pengajian ijazah aku
Kali ni cuti semester aku 1.5 bulan
Banyak masa terluang bosan juga
Blog pun lama terabai
Selalunya cuti semester aku penuhi dengan kerja separuh masa (part time)
Tapi kali ini lain kisahnya

Bulan Ramadhan kali ini bermula pada 06 Jun 2016.
Cuti semester aku seperti biasa.. 2 minggu sahaja.
Seminggu sebelum puasa dan seminggu selepas puasa.
Plan aku buat part time dahulu first week, balik kampung puasa ke 2.
Tapi kita hanya merancang Allah yang tentukan.
Perancangan Dia lah yang terbaik.

Aku baru sampai di bilik sewa aku di Kampung Baru, KL setelah seminggu part time di Seremban.
Cadangnya aku bermalam sehari di KL baru balik ke Ipoh.
Tiket pun dah beli.
Aku tak ingat bagaimana tapi aku berbuka dengan dua kawan iaitu Faiz dan Aizat
Membeli juadah di bazaar berbuka di bilik sewa sahaja
Sementara menunggu waktu berbuka aku mendapat panggilan telefon dari adik aku
Menangis.. sudah.. aku mula tak sedap hati.

"Along.. kau kat mane ?? Ayah tak sedarkan diri. Tadi dia tido tapi bila kejut tak bangun-bangun. Kau baliklah along. Malam ni jugak. Aku risau."

Ayah kenapa ?? aku tertanya-tanya

Lepas berbuka aku segera ke KL Sentral beli tiket malam tu juga.
Alhamdulillah, aku dapat tiket. 
Kawan-kawan aku teman sampai aku naik tren ETS.
Ada kawan yang datang KL Sentral dan aku tak sempat berjumpa. 
Tiada kata yang dapat aku luah melainkan perasaan berterima kasih yang tak terungkap.

Sampai di Ipoh adik aku pick up aku hantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (Hospital Besar Ipoh)
Aku dibenarkan masuk hanya setelah fajar menjelma.
Sedih... melihat orang yang aku sayangi terlantar diatas kantil.
Dengan penuh wayar didada dan kaki.
Aku genggam erat tangan ayah.. ayah memberikan respond walaupun tidak sedar
Die genggam tanganku kembali.. aku belai raut wajahnya.
Aku tak dapat tahan airmata melihat keadaan ayahku begitu. 
Raut wajahnya seakan menahan sakit yang teramat. 
Doctor menyuruh aku keluar untuk dia memeriksa ayahku
Bertambah aku sedih bila tanganku tidak dilepaskan.
Seakan dia mahu aku sentiasa disisi.

5 hari aku dan keluarga berulang-alik ke hospital.
Sanak saudara juga tak putus kunjung.
Bergilir ganti membacakan surah Yassin tanpa henti.
Whatsapp tak berhenti berbunyi.

11 Jun 2016
7.15 pagi, nurse yang menjaga ayah bersamaku sepanjang malam memanggil ku masuk kedalam.
Dia memberitahuku supaya bersedia.
Bacaan screen jatuh mendadak.
Tepat jam 7.20 pagi Sabtu.
Di bulan Ramadhan.
Ayah pergi meninggalkan kami
Aku gembira kerana disaat dia pergi aku ada disisi bersama ibuku.
Aku turut sama memandikan ayah.
Aku turut serta mengkapankan ayah.
Aku menyolatkan jenazahmu ayah.
Aku yang membantu menguburkan ayah.
Perkara yang aku tak dapat buat sewaktu pemergian Aeiman. 
Aku teramat sedih kerana dia ayahku telah tiada. 

Penat mengarang. Berhenti.



Ayah,
Setelah 6 tahun pemergian Aeiman.
Aku tidak menyangka sama sekali kau akan pergi.
Satu kehilangan yang besar buatku.
Kepada siapakah lagi aku meluahkan masalah kisah sedih dan duka antara kita lelaki.
Hampir 3 bulan kau pergi
Aku merindui pelukanmu.
Aku merindui bubur kanji hasil tanganmu.
Hampir setiap hari aku bermimpimu ayah.

Ayah,
Diwaktu pengebumianmu.
Aku lihat ramai yang menangis.
Mereka berkata ayahlah penghibur dan menceriakan suasana.
Paling ketara aku melihat kawan baikmu; Uncle Din.
Yang sama-sama mengembara sebelum ayah kahwin lagi.
Sama-sama menaiki kapcai bulat ke tempat kerja.
Dia terkilan kerana tidak berkesempatan melihat wajahmu buat kali terakhir.
Dia sampai sewaktu talkin dibacakan.

Ayah,
Kubur engkau di sebelah kubur Aeiman
Kubur adikku juga kubur anakmu
Kubur yang engkau lawati setiap minggu
Kini aku menggantimu

Ayah,
Raya tahun ni kami memakai baju raya pilihanmu.
Baju yang engkau belikan sebelum engkau pergi
Sebagai kenangan buat kami.

Ayah,
Bagaimanakah agaknya perasaan ibu ?
Yang hampir 26 tahun hidup bersamamu.

Moga engkau tenang dan damai disana.
Aku yang bakal menyusulmu bila-bila masa.
Al-fatihah