Wednesday, February 26, 2014

Kerja... La lalalala

Hahaha Aku tak tahu bape banyak post aku tajuk yang sama.
Malas nak buka post lepas. 
So, kalo tajuk sama mintak maap la yer.... 
Tak pon kome bagitahu aku tarikh bile tajuk sama tu.
Bior teman perbetulkan kemudian.

Bila bercakap pasal kerja bagi aku amat runsing.
Pening kepala hotak memikirkan.
Usia antara 21-29 ramai yang memikirkan pasal kerja dan kerjaya masing-masing.
Semua risau tentang masa depan.
Mikir kerja tu susah, kerja nie senang.
Kerja tu gaji besar, kerja nie gaji kecil.
Yela, mikir nak pakai keta, nak beli rumah,  nak kawin, nak tanggung anak bini, nak balas jasa ayah ibu.. Alhamdulillah sape yang taat kepada ibu bapa.
Sejuk hati deme.

Hahaha Aku pun runsing jugak.
Lepas habis latihan industri aku teros sambung kerja.
Kerja gaji sikit ikut jam.. sape nak kan?
Kalau orang lain dah berambus aku agak.
Dah la berat, penat, berjemur lagi.. 
Jatuh saham dan market.
Mane ade awek pandang kan. Hahaha
(aku tak peduli kulit aku gelap or tak sebab memang dah gelap)
Dulu tak pikir lagi masa depan.
Duit gaji tu tok duit belanje jerr..
Kite beli ape yang kita nak.. 
Tade saving langsung.

Sekarang hampir menjelang usia 23 tahun baru pikir nak kawin.
Kelam kabut la cari duit, baru nak menyimpan. Hahaha
Aku kerja biasa je dulu, macam keje kuli.
Berpanas, bergelumang dengan najis, cabut rumput
Ea la kan.. kerja kat nursery jer.
Memang tak nampak masa depan yang cerah dalam pekerjaan ni.
Sedikit demi sedikit aku nampak masa depan aku... kabur lagi nie.
Errr.. jap nak ingat balik.
Starting bulan Jun 2013.. baru masuk keje beberapa bulan.
My senior pun time tu cuti panjang nak beranak anak kedua.
Alya' Zahra Binti Mujahid namenye.. Haaa nanti aku tunjuk pic nye.
Comel hihiihi
Dan Nursery dapat satu projek landscape di Golf Height.
(rasenye...)
Disebabkan tade sape yang handle.. boss serahkan tanggungjawab tu pada aku.
How can she believe me that much? I dont know..
Bukan ratus, tapi ribu nilainya.
Aku pun teragak-agak nak ambil. 
Seribu pon aku tak penah pegang, ini kan 7 - 8 ribu.
Projek nie kalau korang nak tahu detail leh cari posting aku yang lepas.
Tajuk tak pasti tapi ade kaitan dengan Landscape En Jaya.
Boss bagi tunjuk ajar dengan kata-kata semangat.

My bos Haslinda Hashim is very supporting person.
Selama aku kerja tak pernah sekali pon die marah.
Nak ikutkan banyak jugak aku buat silap.
Bukan kecik.. besar plak tu
I remember that project actually worth 10 thousand ringgit.
But salah perkiraan aku cas hanya RM8.5 ribu.
Kalau orang lain memang dah teruk aku kena.
Tapi aku tak kene marah, tak kene ganti.
Lagi tak munasabah aku dapat seribu ++ as profit sharing with my wages.

First projek dengan takde pengalaman buat landscapenye memang aku berserah.
Buat sedaya mampu, yang terbaik jela.
Tak pandai communicate dengan customer.
Explanation tunggang-langgang.
Aku bernasib baik dapat pekerja pun yang banyak bagi galakan dan idea.
Projek tu guna pakai tenaga 3 orang pekerja. 
Sume pon first time experience.. saling support each other so the works went smoothly.

Then my senior abis cuti bersalin.. time tu aku tak kata ape.
Tarik nafas lega~~. 
At least aku leh timba ilmu dan dapatkan nasihat dari die.
Takde la aku terkapai-kapai tak tahu pape.

Then cara hidup aku berubah lagi
Dalam pertengahan bulan September 2013
My bos pegi Haji sebulan lebih.
Aku diberikan tanggungjawab menguruskan kewangan nursery.
Tugas macam gempak tapi takat bagi gajian je haha 
So dont expect lebih.. jangan nak wuuu~ sangat lah.
Pembayaran bil.. supplier semua tu aku tak buat.. tak reti.
My senior diberi amanah menjaga nursery.. kire macam pengurus lah.
Then balik dari Haji my bos suruh continue pegang amanah tu.
Serabut aku cakap kau !!
Start daripada tu lah aku tahu asam garam hidup.
Sape kawan, sape lawan.
Macam-macam masalah yang aku tak tahu timbul.
Krisis tu, krisis nie.. 
Time tu aku pikir cam ne lah nak selesaikan.
Selesai satu, lagi satu timbul
Alhamdulillah, as usuall my bos bagi nasihat dan kata-kata semangat.
My senior, now Pengurus Nursery juga bagi nasihat.. Kami geng ! ahahaha
NG juga support and tempat meluahkan perasaan..
(Malu den ahahaha)
My boss Ketua Pengurus Hartini Nursery, Landscape dan Homestay dok Seri Akasia jer.

Susah-susah pun aku terima gak.
So, sedikit demi sedikit aku belajar hal-hal berkaitan kewangan.
Berurusan dengan semua supplier and customer.
And now aku dapat full access kewangan Hartini Nursery & Landscape.
Later on aku akan sign surat pengesahan jawatan.
Aku belajar properly account dengan boss hahaha 
Belajar balik account form 4 form 5 kat SMKUK.
Nasib aku ade basic kalau tak memang pening aku tak paham.
Setiap account ade pair, masuk tu masuk nie.
Nampak tak ape yang Allah dah aturkan?

.........................................................................................................................

Rewind back a little bit of time
Around November/Dicember 2013
Timbul keinginan nak berniaga.
Ada perniagaan sendiri.
So, aku balik Ipoh bincang dengan parents aku.
Macam aku cakap kat post lepas...
Aku beruntung dapat ayah ibu yang support aku.
Sangat beruntung !!
Tapi da problem is aku kerja.. kerja pulak kat Seremban, Negeri Sembilan.
Nak ulang-alik tiap-tiap hujung minggu meman tak dapat la der..
Penat ! kerja plak bertimbun.
Cam ne aku nak start perniagaan sendiri.
Bile aku nak cari ilmu perniagaan  ?
Bile aku nak cari tanah...??? tanah sekangkang kera pun aku tade
Cam ne aku nak dapatkan modal???
Zero ! aku satu ape pon tade.
But orang kate lah kan.. family lah satu-satunye harapan bile kite ade masalah.
My father volunteer cari tanah pe sume.
So, aku boleh kerja dengan tenang dan aman makmur.

Thanks dad.. walaupun ayah juga bekerja tapi sanggup mencari tok anakmu ini.
Along tahu ayah sanggup ketepikan penat lelah dan semua masalah tok tolong along.

Then, akhirnya dapat juga tanah tu.
Di kawasan Batu Gajah, Perak.
Sewa dengan Jabatan Agama Islam Perak.
Tanah wakaf daripada terbiar baik diusahakan.
JAIP gak dapat hasil kan.. kan.. kan..
Trouble is JAIP hanya tahu ade tanah wakaf di kawasan tu tapi tak tahu kedudukannya.
Kedua is tanah tu tanah berpasir.. bekas lombong timah.
Perak dulu terkenal sebagai pengeluar timah terbesar.
So, aku mintak cuti balik kampung and cari sama-sama dengan parents aku.
Tak jumpa gak.
So kami cadang esok ke Pejabat Tanah tuk cari kawasan tu.
JAIP tak bagi no lokasi GPS.. Die just bagi alamat dengan keluasan tanah je..
40 ekar lebih.. Lagi satu masalah timbul haha
Posmen pun susah nak cari alamat dalam kawasan kampung,
Inikan pulak aku dengan parent aku nak cari tanah yang takde papan tanda alamat.
Sampai je kat Pejabat tanah kami mintak peta kawasan alamat tu.
And yang amat mengecewakan susunan tanah di Malaysia berserabut !!!
Tak tersusun... dah la peta tu sebesar kertas majung, no lot tanah plak kecik.
Setiap peta ade division atau pecahan-pecahan plak.
Hahaha memang berkampung aku dengan bapak aku dok belek-belek peta dok cari no lot tanah.

Aku berharap la Kerajaan Malaysia perbetulkan ape yang patut. 
Susun semula sistem sedia ada.
Aku tahu makan belanja yang besar tapi kalau tak tersusun akan timbul pelbagai masalah.
Bazir mase nak cari, bazir duit, orang yang datang nak cari pun boleh tahan ramai.
Macam mane rakyat tak pandang serong dengan perkhidmatan kerajaan.
Nak beli tanah susah... nak mencari..
Amat menyusahkan.. lembab.. same seperti sistem PBS.
Baiki kualiti perkhidmatan anda.
Kakitangan kerajaan dah okay.. mesra pelanggan.

Kesian kat akak kaunter tu.
Die pun tolong kiteorang mencari.
Last-last kiteorang dah tanak cari kat peta.
Decide nak balik je, pikir care lain... tapi...
Allah Maha Berkuasa..
Belum sempat kami naik kereta pulang ke rumah Dia tahan kami.
Akak tu dah jumpe kawasan kami nak tu.
Kami memang sangat-sangat berterima kasih la dengan akak tu.
Even kami dah blah dari kaunter still mencari.
Perkhidmatan pelanggan Jabatan Tanah kawasan Batu Gajah, Perak amat memuaskan.
Terbaikk !!!

So, kami pun decide teros pegi ke alamat yang diberikan..









Kawasan nie cadangnye aku nak jadikan ladang and my father suggest tanam jagung. 
Die dah selidik marketing jagung memang baik. 
Tambahan kawan ayah perlukan bekalan jagung hampir 4 tan sebulan. 
Die berharap sangat anak melayu boleh bekalkan dia jagung setiap bulan. 
Sekarang nie die bergantung harap bekalan dari pembekal Cina. 

Setiap kawasan ade kelebihan atau kekurangan. Kelebihannya ialah:

1- Kawasan nie ade punca air. Jadi, satu masalah dah selesai. Disitu dah kurang kos dan masa nak cari punca air. Jimat !

2- Agak jauh dari kawasan penduduk. So tade lah dapat komplain pape ek cakap bising la bau la pe bagai.

3- Sewa yang amat murah. RM1,000 tok setahun bersamaan RM83.30 sebulan. Aku bukan nak sewa semua.. separuh je.

Kekurangannya pulak adalah keadaan tanah. 
Tanah bekas lombong dan berpasir. 
Hampir keseluruhan tanaman tidak tahan atau tidak sesuai ditanam dengan kawasan yang berpasir dan ianya juga memerlukan banyak air. 
Disitu banyak belanje, masa dan tenaga. 
Kajian plak kena buat. 
Samaada tanah nie perlu dirawat or tak. 
So Jabatan pertanian la tempat dituju. 
Jabatan pertanian akan datang untuk melihat keadaan tanah.

Masalah tanah selesai dan sekarang masalah modal haha 
Perkara yang perlu dihadapi boleh peniaga.
Aku dengan tade duit bergantung harap dengan pinjaman jela. 
Tak sempat nak buat paper work aku terpaksa pulang ke Seremban. 
Kerja kembali bertangguh. 
Bukan seminggu dua boleh selesai.

Oh ya, Bile aku bercadang nak start perniagaan aku terpaksa la berhenti kerja kan. 
Jadi  sekitar November/Disember 2013 aku pun bagitahu bos aku nak berhenti kerja hujung bulan March 2014.
Bagitahu awal-awal tade lah timbul masalah di kemudian hari. 
Sebab ape aku mintak 3-4 bulan sebelum berhenti? Sebab :

1- Sayang nak tinggalkan Hartini Nursery & Landscape. Hahaha dah rapat dengan workmate. 

2- Projek Landscape masyuk plak time tuh ! tak cukup kakitangan. Aku pun nak timba pengalaman dan ilmu sebanyak yang boleh.

3- Ade intake practical student hahaha kononnye nak turunkan ilmu kat bebudak tu baru berhenti hahaha berlagak plak aku nie !

Bos okay, pengurus pun okay. 
So, Aku ade beberapa bulan lagi sebelum secara rasminya aku berhenti kerja. 
Bile aku cite plan aku kat membe3 (twins) aku gembira dorang support. 

Jebb sampai cakap " Kalau kau buat aku percaya plan nie akan jalan. Kite share partner; aku kuar modal kau usahakan.. kita same-same jadi datuk" hahaha aku gelak jer.. aku ckp balik "Datuk ape barang~.. Tan Sri baru okay !".. 

Din bagi kata-kata semangat.. Syazwan..Khairul pun nak labur modal.. 
Tapi akhirnya aku kecewakan harapan membe aku dengan family aku. 
Aku decide stay dengan Hartini Nursery & Landscape. 
Bukan untuk tempoh yang lama.

Sepanjang tempoh sebelum aku berhenti ramai staff pujuk jangan berhenti. 
Dorang tak paksa tapi dorang bagitahu ape yang boleh aku dapat if aku stay a little bit with them. Aku sebenarnya tak kejar gaji yang tinggi. 
Memang duit penting tapi aku nakkan pengalaman dan jugak ilmu. 
Lagipun, kerja kat nursery aku still ade duit belanja, kirim duit kat parent, saving event sikit.
(Kadang-kadang tade gak sebab aku boros hahaha)
Setelah lama berfikir pada 15 Februari 2014 aku berubah fikiran.
Stayed dengan Hartini Nursery & Landscape.
Every month aku akan balik ke Ipoh.
Pada 15 Februari tu jugak aku mintak izin kat parent aku.




My parents still support me event dorang dah luang banyak masa, duit, penat lelah tuk bantu aku start perniagaan.
Aku cukup terharu.. gembira !! ade ayah ibu yang support ape aku buat.

Lastly,
Ramai mesti terpikir masa depan aku macam mane ek?
Gaji kecik jerrr..
Jawapan aku 

"Setiap orang ade rezeki yang Allah dah tetapkan. kite just doa, berusaha dan bertawakal. Insha Allah rezeki kite berlipat kali ganda.. tak putus-putus datang."

Jangan buat tanggapan negatif.
Sertai bidang yang aku ceburi dahulu baru korang akan nampak...
Rezeki itu ade dimana-mana.
Bukannya "Kau boleh hidup ke dengan gaji sikit tu?"
Jangan gaji besar, HARAM, tak berkat..Allah laknat
Lebih baik gaji kecil, Halal dan berkat.. Allah suka
Yang penting restu dan keredhaan Ibu Bapa =)

Niat nak sambung belajar memang aku tak pernah lupa.
Sape tanak sambung belajar kot tapi sekarang biarlah aku keje dulu.
Kalau aku sambung belajar, aku  ade 3 pilihan yang akan aku mintak:

1- Pertanian
2- Landscaping
3- Perakaunan

Hihiihi Aku harapkan korang doakan aku kejayaan dunia akhirat. Dipermudahkan jodoh dan segalanya. Tabah serta kuat hadap masalah dan ujian.

Panjang plak aku berleter hahaha harap korang tak jemu la membaca ea. Ken !


















Kerjaya seorang guru

Haa aku tergerak hati nak buat cerita berkenaan cikgu selepas terbaca satu luahan seorang guru di satu blog.
Kesusahan yang dialami oleh guru.
Kalau korang nak baca, nie link die:-

http://tengoktvonline.blogspot.com/2014/02/eksklusif-luahan-hati-guru-mengenai.html

Aku faham sedikit pasal kesusahan seorang guru.
Walaupun aku bukan guru.
Aku faham sebab mak aku guru
Guru sekolah rendah di Ipoh, Perak.

Dulu, Masa aku dengan family sangat sedikit.
Bapa aku keje, mak aku pon keje.
Dari pagi sampai petang.
Malam seawal jam 9 malam mereka dah tido kepenatan.
Aku plak malam je merayap (timetable aku masa sebelum kerja)
Balik lewat pagi, bangun pon lewat tengahari.
So nak jumpe parent sangat jarang.
Sabtu ahad rutin harian parent aku awal pagi ke kubur arwah adek
Then ke pasar, balik kemas rumah, petang bawa anak-anak keluar riadah.
Penat kan?


Im lucky that I have parents that always support me.
Understand me and my desires.
Till now I didn't received any complaint from them.
I know, deep into their heart they hope me to spent time more with them.
Be a good son. 
Don't waste any time.
I only saw everything when I start working. 
When I far away from them.
I started going through the path as they pass now.
So sorry.
Future, what happen when my son do the same things on me.
Sad rite ?
Making trouble like we do to our parents.
Lepak.. ganja.. mencuri..
Poor our parents.
When we was born, they hope we'll be a good person. 
Sejuk hati mereka
They guide us, show the right path.
At the end ?? 
You urself decorate ur future. (Advise)

Back to da story hihihi
Layan feeling lak 
Malam my mom buat kerja.
Pinggan mangkuk segala lauk pauk tolak tepi.
Meja penuh dengan fail-fail.
When my mom spent time with family???

So, jangan suka menilai negatif kerja orang tanpa anda sendiri laluinya.
Respect each other.
Kurangkan fitnah dan tanggapan negatif.


Saturday, February 15, 2014

Junior from my college

This time kali ke 3 aku handle students practical.
And kali nie sangat fun.
Dapat students practical yang boleh gurau kasar hahaha
Pastu Alhamdulillah My senior nak keje dengan Hartini Nursery
Bahagian admin.. at least office nie terjaga la jugak kan3..

Suka sakat my senior hahahaha

Junior from my college kali nie 4 orang yang diambil.
Ramai yang request tapi tak boleh ambil semua.
2 lelaki and 2 perempuan. 
Masing-masing ade behaviour yang tersendiri
3 dari Perak, seorang dari Terengganu

Agak pening handle finance nie~.. 
But I'll do my best 
Alhamdulillah site landscape makin banyak
Rezeki makin murah =)
Sampai ade yang terpaksa tolak.. sorry sangat3 !
Kerja-kerja landscape akan menyusul kemudian.. lain posting eh


Saturday, February 8, 2014

Pemergian seorang rakan sebaya

Salam takziah buat family arwah Mohamad Azim Zahiruddin. 
Kawan aku sedari tingkatan 1.
Terlibat dalam kemalangan di Pengkalan Chepa jam 1.50 pagi 7 Februari 2014.
Orang Tapah Road.. bekerja sebagai polis di Kelantan.

Teringat kembali zaman persekolahan.
Dia dan aku menjadi pengawas di SMK Ulu Kinta.
Sekejap je..

Satu Kem PLKN dengan aku di Kem Syruz, Bukit Mertajam.
Minggu pertama berdua je dengan die sebab aku tak biasa dengan suasana baru.
Aku company Alpha, die Bravo. 



 Peringatan buat diriku dan semua: 

Allah itu kebenaran
Janji Allah itu tepat
Firman Allah itu benar
Menghadap Allah itu pasti.