Monday, September 5, 2016

Kami rindu ayah

Sedar tak sedar sudah tahun kedua pengajian ijazah aku
Kali ni cuti semester aku 1.5 bulan
Banyak masa terluang bosan juga
Blog pun lama terabai
Selalunya cuti semester aku penuhi dengan kerja separuh masa (part time)
Tapi kali ini lain kisahnya

Bulan Ramadhan kali ini bermula pada 06 Jun 2016.
Cuti semester aku seperti biasa.. 2 minggu sahaja.
Seminggu sebelum puasa dan seminggu selepas puasa.
Plan aku buat part time dahulu first week, balik kampung puasa ke 2.
Tapi kita hanya merancang Allah yang tentukan.
Perancangan Dia lah yang terbaik.

Aku baru sampai di bilik sewa aku di Kampung Baru, KL setelah seminggu part time di Seremban.
Cadangnya aku bermalam sehari di KL baru balik ke Ipoh.
Tiket pun dah beli.
Aku tak ingat bagaimana tapi aku berbuka dengan dua kawan iaitu Faiz dan Aizat
Membeli juadah di bazaar berbuka di bilik sewa sahaja
Sementara menunggu waktu berbuka aku mendapat panggilan telefon dari adik aku
Menangis.. sudah.. aku mula tak sedap hati.

"Along.. kau kat mane ?? Ayah tak sedarkan diri. Tadi dia tido tapi bila kejut tak bangun-bangun. Kau baliklah along. Malam ni jugak. Aku risau."

Ayah kenapa ?? aku tertanya-tanya

Lepas berbuka aku segera ke KL Sentral beli tiket malam tu juga.
Alhamdulillah, aku dapat tiket. 
Kawan-kawan aku teman sampai aku naik tren ETS.
Ada kawan yang datang KL Sentral dan aku tak sempat berjumpa. 
Tiada kata yang dapat aku luah melainkan perasaan berterima kasih yang tak terungkap.

Sampai di Ipoh adik aku pick up aku hantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (Hospital Besar Ipoh)
Aku dibenarkan masuk hanya setelah fajar menjelma.
Sedih... melihat orang yang aku sayangi terlantar diatas kantil.
Dengan penuh wayar didada dan kaki.
Aku genggam erat tangan ayah.. ayah memberikan respond walaupun tidak sedar
Die genggam tanganku kembali.. aku belai raut wajahnya.
Aku tak dapat tahan airmata melihat keadaan ayahku begitu. 
Raut wajahnya seakan menahan sakit yang teramat. 
Doctor menyuruh aku keluar untuk dia memeriksa ayahku
Bertambah aku sedih bila tanganku tidak dilepaskan.
Seakan dia mahu aku sentiasa disisi.

5 hari aku dan keluarga berulang-alik ke hospital.
Sanak saudara juga tak putus kunjung.
Bergilir ganti membacakan surah Yassin tanpa henti.
Whatsapp tak berhenti berbunyi.

11 Jun 2016
7.15 pagi, nurse yang menjaga ayah bersamaku sepanjang malam memanggil ku masuk kedalam.
Dia memberitahuku supaya bersedia.
Bacaan screen jatuh mendadak.
Tepat jam 7.20 pagi Sabtu.
Di bulan Ramadhan.
Ayah pergi meninggalkan kami
Aku gembira kerana disaat dia pergi aku ada disisi bersama ibuku.
Aku turut sama memandikan ayah.
Aku turut serta mengkapankan ayah.
Aku menyolatkan jenazahmu ayah.
Aku yang membantu menguburkan ayah.
Perkara yang aku tak dapat buat sewaktu pemergian Aeiman. 
Aku teramat sedih kerana dia ayahku telah tiada. 

Penat mengarang. Berhenti.



Ayah,
Setelah 6 tahun pemergian Aeiman.
Aku tidak menyangka sama sekali kau akan pergi.
Satu kehilangan yang besar buatku.
Kepada siapakah lagi aku meluahkan masalah kisah sedih dan duka antara kita lelaki.
Hampir 3 bulan kau pergi
Aku merindui pelukanmu.
Aku merindui bubur kanji hasil tanganmu.
Hampir setiap hari aku bermimpimu ayah.

Ayah,
Diwaktu pengebumianmu.
Aku lihat ramai yang menangis.
Mereka berkata ayahlah penghibur dan menceriakan suasana.
Paling ketara aku melihat kawan baikmu; Uncle Din.
Yang sama-sama mengembara sebelum ayah kahwin lagi.
Sama-sama menaiki kapcai bulat ke tempat kerja.
Dia terkilan kerana tidak berkesempatan melihat wajahmu buat kali terakhir.
Dia sampai sewaktu talkin dibacakan.

Ayah,
Kubur engkau di sebelah kubur Aeiman
Kubur adikku juga kubur anakmu
Kubur yang engkau lawati setiap minggu
Kini aku menggantimu

Ayah,
Raya tahun ni kami memakai baju raya pilihanmu.
Baju yang engkau belikan sebelum engkau pergi
Sebagai kenangan buat kami.

Ayah,
Bagaimanakah agaknya perasaan ibu ?
Yang hampir 26 tahun hidup bersamamu.

Moga engkau tenang dan damai disana.
Aku yang bakal menyusulmu bila-bila masa.
Al-fatihah






No comments:

Post a Comment