Saturday, March 5, 2011

You lift my spirits again

Setelah hampir seminggu semangat aku hilang
Malas buat kerja
Buat itu ini tak jadi
AHAHAHA
Hari ini semangat aku kembali semula
Gara-gara seorang wanita bernama Susan Boyle
????
Ape sebenarnya dah terjadi?
Mesti korang hairan an
HAHAHAHA
Minggu nie aku rase la kan memang banyak dugaan Yang Maha Mengetahui bagi kat aku
DIA ingin menguji aku
Dan aku bersyukur ke hadrat-Nya
Aku berjaya tempuhi ujian yang DIA berikan
Walaupun aku tak pasti sama ada aku lulus ataupun tidak
Setelah aku melihat video klip Susan Boyle
Aku kembali sedar
AHAHAHA
Aku upload videonya untuk korang semua






Video ini yang mengembalikan semula semangat aku yang hampir hilang itu
"Susan Boyle yang tidak ada rupa
Dah la gemuk, tak lawa
Ada hati nak jadi penyanyi profesional
Boleh ke??"
Mungkin itulah tanggapan pertama orang Amerika terhadap dia
Dengan berani dia berdiri di atas pentas dengan perasaan yang gemuruh
Bertekad untuk menjadikan impiannya satu kenyataan
Iaitu
"i wanna become a profesional singer like celine dion"
Ramai yang mentertawakannya
Bahkan ada yang membuat muka yang menjelikkan
Menunjukkan bahawa tidak yakin yang dia suatu hari nanti dapat merealisasikan impian dia.
Kerana dia tidak ada rupa
Tetapi ketika dia mula menyanyi
Menyanyikan lagu di atas yang bertajuk " I dreamed my dream"
Baru mengeluarkan suaranya
Ramai yang terkejut
Terpesona dengan suaranya
Dan sekarang dia berjaya merealisasikan impiannya itu
Yang dulu orang ketawa mendengarkannya
AHHAHAHA
Aku mula tersedar~!
Apa tujuan aku datang ke Beranang ini
Segala impian aku yang aku bawa dari Ipoh
Untuk siapa aku ingin tunaikan impian ini
Dulu semasa semesta 1, aku mempunyai hanya 1 impian
"aku ingin melihat ibu ayah aku duduk diatas sofa sebaris dengan pengetua"
Aku tulis impian aku itu di atas sehelai kertas
Aku taknak ibu bapa aku duduk sebaris dengan ibu bapa yang duduk kat atas kerusi plastik semasa melihat anak mereka graduate
Aku nak lihat ibu bapa aku duduk atas sofa sebaris dengan pengetua
Setimpal dengan segala usaha dan jasa yang mereka curahkan untuk aku
Impian yang aku terlupa
Aku pun tak tahu kenapa aku terlupa
Mudah-mudahan aku boleh genggam impian aku ini sampai aku graduate
Aku sebenarnya tengah marah kat seseorang tapi selepas tengok vidoe nie teros aku tak jadi marah
Aku pikir balik itu hak orang tu, so dia boleh buat apa yang dia nak
Aku tak patot marahkan dia
Mudah-mudahan juga perasaan yang aku rasa sekarang nie kekal selamanya
Jangan asyik nak naik darah aje
Doakan aku eh korang semua
Sayang korang semua lah~!!


AHAHAHAHA
Semangat aku dah kembali
Thanks! because "you raise me up"

No comments:

Post a Comment