Thursday, August 9, 2012

sakit geraham bongsu nak tumbuh



Dah 3 hari aku terpaksa tahan sakit sebab gigi bongsu nak tumbuh. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakit rasenye. Sekarang barulah aku tahu betapa azabnya sakit nak tumbuh gigi bongsu ni. Terasa daging yang dekat geraham tu sakit sangat2 bila ditolak dengan gigi atas. Bila sentuh dengan lidah, boleh terasa daging yang menonjol tu. 

Ya Allah, bila datang time berdenyut-denyut dia, sakit dia hanya Allah yang tahu. Tido malam pon tak lena, kejap-kejap terjaga dek penangan denyutan dia. Aku tahan kan aja sakit tu, sebab pikir duduk kat rumah orang. Kalau dekat rumah sendiri, memang meraung abes dah rasanya. haha. Bukan sebab aku cengeng ke ape, tapi memang betol2 sakit. Rasanya sakit gigi lah duduk di carta kedua bagi sakit yang paling menyakitkan lepas sakit masa nak bersalin. Ini yang bagi kaum hawa lah kan.

Bila disentuh pipi ni, terasa bengkaknye. Nak telan air liur pon sakit sangat3. Nak makan apetah lagi. Nak buat kerja pon takda mood. Senang cakap semua benda jadi tak kena la. Pernah ade orang cakap kat aku, bila gigi tu nak munculkan, ade yang sampai rasa nak demam la. Tapi alhamdulillah maybe antibodi aku kuat, still bole lawan sakit tu. Dan aku masih boleh pergi kerja macam biasa, cuma aku tak boleh cakap banyak buat masa ni. Nak ketawa pon jadi terbatas, hanya mampu tersenyum jaa. haha. Moga cepat2 la gigi ni tumbuh, aku dah tak tahan nak tanggung rasa sakit tu. 

p/s : Hari ni nak balik rumah mak, perlu mak di ketika ini. huhu. Mood report juga, cepat lah datang. Satu pon tak sentuh lagi dek penangan sakit geraham bongsu nak tumbuh ni. huhu

No comments:

Post a Comment