Sunday, April 14, 2013

Mata Pencarian (Rezeki)

Orang kate "Sekarang kite benci seseorang, tengok-tengok nanti dialah yang banyak menolong". Situasi yang same terjadi dekat aku tapi bukan melibatkan orang. Dulu mase belajar punyalah tak suka landskap, punyalah benci sampai cakap tanak melibatkan diri langsung dalam dunia landskap bile dah habis belajar tapi sebaliknya pula yang terjadi. Sekarang landskap la mata pencarian aku, sumber rezeki Hahaha betol lah cakap lecture aku. Bile aku cite balik kat dorang, aku plak kene gelak. Kadang-kadang aku pon tergelak sendiri pikir sume nie =) First trial memang sangat perit, tak tahu nak buat ape. Memerlukan banyak berfikir dan tenaga. 

Projek landskap pertama aku kat sebuah rumah di Lavender Height, Senawang, Negeri Sembilan. Time mula-mula nak start dah pikir "Boleh ke aku buat nie?". Even ragu-ragu dengan kebolehan sendiri tapi aku tetap teruskan juga. Nama customer tu kiteorang panggil Kak Mala. Rumah Semi D setingkat. Malas cite panjang-panjang aku post pic sebelom and selepas.






Pic kat atas merupakan pic sebelum untuk kawasan hadapan dan tengah laman. 








Pic yang nie pulak pic selepas untuk kawasan hadapan dan tengah. Membersihkan kawasan hadapan, tengah dah belakang serta menanam rumput dikawasan hadapan dan tengah sahaja melibatkan kos sebanyak RM1,800. Then, Kak Mala suruh buat pathway, tanam pokok kawasan belakang serta membersihkan dan menanam rumput dikawasan luar rumah. So, kos pon bertambahlah. Mybe around RM2,000 - 3,000 (Mane aku tahu, bukan aku yang kire). Then, request lagi 2 pergola (masih dalam pembuatan).



Pic sebelom untuk kawasan belakang rumah




Pic selepas untuk kawasan belakang rumah. Pic halaman luar lupe nak amek. Kerja pembersihan sakit sikit sebab kat tengah-tengah halaman depan ade akar pokok besar. Nak korek dan keluarkan ambil masa 3-4jam tapi suasana keseluruhan enjoy ! mybe sebab aku suke keje luar dan tak melibatkan keje dalam office. =)


No comments:

Post a Comment