Sunday, August 18, 2013

To the Karak we go ~

Hye readers.. arini NG nak post kisah NG pergi kenduri kawen di Karak pula. Actually, ni jemputan daripada junior NG mase belajar dulu. Bole dikatakan salah sorang junior yang agak rapat ngan NG jugak la. Engku Nor Jawahir a.k.a wahir dan Nazifah a.k.a ipah nama mereka. :) Dieorang ni sepupu dan sama2 belajar di kolej yang sama dengan NG dan NB iaitu Kolej Profesional MARA Beranang. hehe. 

Kisah bermula pada pagi sabtu 17 August yang lalu, iaitu apabila dengan nekadnya NG dan seorang lagi kawan baik NG iaitu Fitrah a.k.a Fyth decide utk gerak sendiri pagi sabtu tu since mama fyth tak dapat hantar kiteorg direct ke Karak. So, untuk pertama kalinya NG nak menjejakkan kaki ke Karak dengan menaiki bas, itulah yang membuatkan perasaan ingin cuba tu membuak2. haha. Kalo tak silap NG, kami naik bas dalam pukul 9am macam tu dan sampai sane dalam pukul 10am. and guess what? tiket ke Karak just RM6.60 je untuk sehala.. NG pon ta sangka yang harganya tersangatlah murah. Kalau NG duduk Karak lah, confirm memang tetiap minggu lah NG balik rumah. haha.

Okay back to our story, sesampainya kami di Pekan Karak, ipah and her lil bro amik kami dekat bus stop then shoot ke tempat kenduri iaitu di
D'teroh Villa Homestay, Karak.

Okay.. here is the pics ~

The bride. Dua sekali dieorg buat. Senang. Jimat masa, tenaga dan juga duet. hehe

and here is the bridegroom. 

Jujur NG cakap, sesampai sahaja kedua mempelai tu, NG ngan si fitrah ni dah tak join dah dieorg kat sana. Mungkin cuaca yang agak panas dan para junior kami yang busy melayan tetamu mereka, so kami decide untuk lepak kat salah 1 pondok yang ada kat situ. haha. the best part is pondok ni siap ade kipas lagi.. wahh! memang terus mata ni berat semacam lah kan.. dengan angin yang sepoi2 bahasa nye.. fuhh! sangat syokk lepak dekat pondok ni. haha.. 

haaa... ini pon mereka. dari kiri pic, ipah, fyth dan wahir.. time ni dah nak abes program dah. dalam pukul 3 something if im not mistaken. 

akhirnya dapat jugak berjumpa dengan ini budak setelah sekian lamanya kami tidak berjumpa. terubat jugak rindu dan kisah2 di kolej. haha. Tetiba rindu zaman belajar dulu kala. Terasa nak menyambungnya kembali, cuma apakan daya.. Rezeki setiap orang tu berbeza2 kan. insyaaAllah one fine a day. :')

haaa... cube korang2 semua teka apakah ini?? haha. 1st time tengok mesti sume akan pikir buah strawberry lah kan? tapi adakah ini buah yang real?
*banyak cakap pulak si NG ni* haha. act, ni memang bentuk buah strawberry tapi bukan lah buah yang betul. kalo perasan dan tengok bebetul, jaring yang digunakan tu adalah daripada guni bawang merah yang ada jual kat pasaraya tu.. dan isi dalamnya adalah pulut yang dicampur pewarna merah sebab nak bagi nampak macam the real one. so, bile dah siap diikat semua, diletak daun yang jenis plastik, maka terjadilah buah pulut strawberry yang sangat ohsemm! haha. memang rajin dan sangat kreatif la sesape yang buat ni kan. dan ini adalah salah satu hantaran perkahwinan yang digubah dengan bunga telur. sangat rare ini buah dan aku terpikat sampaikan nak makan pon tak sampai hati rasanya~ haha


Pokok ni wahir kenalkan kat NG dimana pokok ni sangat banyak khasiatnya terutamanya untuk kaum hawa. If  im not mistaken, pokok ni daripada family Zingiberaceae.. Alaaa yang adek beradek ngan kunyit, halia, bunga kantan dan seangkatan dengannya lah. Cuma yang ni actually bunga hiasan tapi bertindak juga sebagai pokok berubat. haaa.. gituu.. First time NG tau yang pokok ni bole dimakan. haha. tapi bukan the whole part la. die macam tunas yang baru nak naik, ade di celah-celah kelopak kat bahagian luar bunga yang warna merah tu. And tunas ni jugak kebiasaanya akan naik lepas hujan.. Rasa dia masam-masam manis and agak crunchy.. just nice. haha

Tadaaa... ini lah rupa buah yang bole dimakan tu. agak kabur sebab tangan basah sambil pegang kamera. *alasan* haha =P

Okay. setakat ini sahaja kisah untuk kali ini. Moga kita berjumpa lagi. InsyaaAllah. Salam sayang buat semua. :)





No comments:

Post a Comment