Saturday, August 20, 2011

Trip Yang Mengecewakan Tapi Best

Salam
Nie nak cerita pasal trip aku semalam ke Melaka Bandaraya Bersejarah (MBB). Plan asal just nak melawat adek aku yang belaja kat Kolej Komuniti Bukit Bruang. Tapi adik aku ajak berbuka sama-sama. Aku on jer. Teringat plak kat kazen belaja di KPM Bandar Melaka. Ajak la berbuka sekali.

Semalam aku dengan membe aku bertolak kol 11 pagi. Dengan radio kereta yang tak berfungsi (rosak). Kami pun  redah aje la. Sembang-sembang !! akhirnya kami sampai ke Pekan Seremban, Negeri Sembilan. HAHA kat sini kami sesat, pusing-pusing satu pekan (pekan ke bandar???). tak tahu jalan kuar ke Melaka. Last-last kami telepon membe, dia arif sikit bab-bab trip ke Melaka nie (ape guna kresit free, kol ajela puas-puas . . haha). Rupa-rupanya dah sampai pekan Seremban pegi teruih ja. HAISH~!!!

Kat Seremban dengan Rembau ujan. Lebat jugak la. Aku lalu ikut jalan lama, save sikit bajet. Minyak pegi balik Rm50 ja ada balance sikit lg, sekali dgn pusing-pusing kat Melaka. First pegi umh sewa adik aku, amek dia kat sana. Tak sangka plak aku Melaka bandar dia cantek tapi nak tahu fakta tentang Melaka??? Traffic light dia 99 saat. Lame tuh. Aku tahu la dia ada kira saat kat traffic light dia. HAHA. Pastu amek kazen aku dengan membe dia kat hostel depa kat Bandar Melaka. Kat sana ada Mydin besar, ada Jaya Juxco terbesar pernah aku tengok (tak caya datang p Melaka tengok sendiri), ada carefore and macam-macam lagi la.

Dah amek depa semua, kami p Merlimau, umah family angkat. Depa yang aku bwat entry pasal Puchong dulu. Yang jaga aku time kecik-kecik dulu. Jauh gak tapi ikut highway, dekat sikit. Lagipun, tak kene bayar tol pon. AHAHA. Dok sana kejap ja, sbb ingatkan nk jalan-jalan kat bandaraya tapi ujan. HUH !! bwat penat datang ja. Ingatkan nk p naik replika kapal kat river cruise tu tapi tutup plak. Macam haram ja. Last-last p kedai makan order makanan tok berbuka ja, pas berbuka hantar depa balik, kami pun balik. Penat gak la, aku balik mandi, teruih tido. Sekian

p/s:: lain kali nak p lagi, best plak HAHA

No comments:

Post a Comment